CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertidur Semasa Berjemur, Kulit Dahi Wanita Bertukar Jadi Plastik

24-8-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2225| Komen: 15

London: Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila kulit dahinya bertukar seakan plastik.

Wanita berusia 25 tahun itu dikatakan tertidur ketika berjemur selama 30 minit ketika bercuti di Bulgaria.


Sirin Murad berkata, suhu ketika itu hanya 21 darjah celsius dan dia tidak memakai sebarang produk pelindung matahari pada kulitnya.


Foto: Agensi

Ketika terjaga, dia berada pedih pada kulit selain mukanya bertukar kemerahan.

Namun, dia tidak mahu terlalu memikirkan perubahan itu kerana mahu bercuti dengan tenang.


Keesokannya, kulitnya menjadi tegang dengan bahagian dahinya bertukar seakan plastik, lapor The Independent.

Perubahan itu kemudiannya dikongsi bersama ahli keluarga dan dia bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan lanjut.

Ini kerana dia menganggap keadaan itu hanya sementara dan tidak akan bertukar menjadi serius.

Hari demi hari, Sirin berasa pelik apabila melihat perubahan ketara pada kulit wajahnya kerana mula mengelupas.

"Pada mulanya saya tidak fikir keadaan akan menjadi serius namun muka terasa pedih jika ditekan

"Beberapa hari selepas itu, saya kesakitan mula berkurangan dan saya lebih baik berbanding sebelum ini," katanya.

Sirin berkata, kejadian itu dianggap memberikan impak positif pada kulit wajahnya yang menjadi sihat berbanding sebelum ini.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 24-8-2022 12:22 PM
terok sunburn nya..  tkot tgk.. kt muke plak tu..

daku pon baru kne.. hbs bengkak2... traning kawad utk merdeka pny hal..
Quote miss_perfect 24-8-2022 01:20 PM
Adakah dia pun ada buat plastic surgery kat muka dia sebelum ni? Setau iols kalau sunburn dia cam merah je camtu?
Quote shernazz 24-8-2022 01:53 PM
Teringat masa kekecik dolu slalu gi pantai time.coti..
Sure.kulit akan sunburn pakej kulit mengelupas...hahaha...
Memasing feeling posh spice gituu
Quote lasagna 24-8-2022 02:01 PM
hahahahahaa sori lah trpaksa gelak.. 1st time tgk kulit mcm plastik terkomot gittew... adeeehhh
Quote Supersirap 24-8-2022 02:05 PM
Jumpa pakar kulit
Quote naina 24-8-2022 02:25 PM
LostStar replied at 24-8-2022 12:22 PM
terok sunburn nya..  tkot tgk.. kt muke plak tu..

daku pon baru kne.. hbs bengkak2... traning kawa ...

Alaa bestnya. Uols unit beruniform ke
Quote whimsicalmusic 24-8-2022 05:15 PM
Die ade pakai pape produk kulit yg xleh tdedah lama2 bwh matahari ke? Byk yg buat kulit jd pedih even skjp je bwh matahari..or maybe die ade penyakit yg br discover
Quote tompie 24-8-2022 05:31 PM
Wanita tulen ke ni? Macam wanita jadian aje??
Sebab banyak buat treatment ke?
Quote rosedemon 25-8-2022 09:54 AM
omg xknla smpi mcm tu
Quote bintangct 25-8-2022 09:56 AM
miss_perfect replied at 24-8-2022 01:20 PM
Adakah dia pun ada buat plastic surgery kat muka dia sebelum ni? Setau iols kalau sunburn dia cam me ...

kan.. nmpk muka pun mcm plastik je..
Quote ketambangkang 25-8-2022 10:44 AM
patut la dipanggil plastic surgery...mmg muka jd plastik
Quote Mary_jane 25-8-2022 10:52 AM
Ntah2 sikit hari lagi kena kanser kulit dah.
Quote Artemesiaa 25-8-2022 11:03 AM
Salah guna skin care selalunya yang untuk tujuan pemutihan, kulit jadi nipis lama2 tak hairan kalau boleh jadi macam tu
Quote dodolgemok 25-8-2022 11:05 AM
Lemahnya kulit heshe. Raykat Malaysia berjemur di tengah suhu 30 darjah tatkala beratur di depan mahkamah meluangkan hidup bosskurrr pon masih kilat berseri muka mereka yah! Agak2nya heshe buat plastic surgery, plastic bawah kulit heshe jdi cair akibat suhu yg tinggi (21 darjah) itteww
Quote AshkieLa 25-8-2022 11:05 AM
cam plastik gegula hacks hitam bila bukak dah komot2 gitu...
gigih diorg ni nak tanned kan kulit..
yg kat sini sibuk nak putih mcm mayat... duhhh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043916 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top