CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Diminta Jangan Bertepuk Tangan, Bergembira Najib Masuk Penjara-Khairuddin

24-8-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4034| Komen: 54

PETALING JAYA: Rakyat dinasihatkan tidak bertepuk tangan atau bergembira dengan musibah yang menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Islam tidak mengajar umatnya menghina seseorang yang dijatuhkan hukuman hingga melupakan segala penghormatan dan jasa individu berkenaan.


Foto: Utusan Online

“Saya turut bersedih dengan ujian yang berlaku terhadap Najib dan yakin beliau mampu tabah, sabar serta meneruskan perjuangan.

“Namun, saya melihat ada kalangan pimpinan parti pembangkang yang mula berseronok dengan pelbagai kenyataan, tetapi, jangan lupa, beberapa pimpinan mereka juga sedang berhadapan dengan kes di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Menurut Mohd. Khairuddin, masyarakat perlu menghormati hak Najib untuk melakukan apa sahaja tindakan undang-undang yang wajar bagi mempertahankan diri dan maruahnya termasuk menerusi ruang pengampunan diraja.

Sementara itu, bekas Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sedik yakin Pas tentunya tidak gembira dengan musibah yang menimpa saudara sesama Islam tetapi menghormati ketetapan diputuskan mahkamah.

Justeru, beliau mendoakan agar bekas perdana menteri itu di samping keluarga terus kuat semangat dan tabah menghadapi ujian Allah SWT. 

“Ini mungkin musibah untuk beliau tetapi baik untuk negara. 

“Bagaimanapun, kita juga tidak boleh menafikan jasa bakti beliau selama ini, justeru kepada penyokong-penyokongnya, saya nasihatkan bertenang dan mendoakan yang terbaik untuk Najib,” katanya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 24-8-2022 11:11 AM
Tak pernah tepuk tangan. Cuma mendoakan NR insaf. Mudah2an bila bebas, jadi lebih baik lah hendaknya dari sebelum ini. Hidup di dunia ni pun sementara je..
Quote babelina 24-8-2022 11:40 AM
tp tu la.. xde la nk gembira tepuk tgn bagai.. cuma bila memikir kn isteri ank cucu yg ditinggalkn.. sedih la juga..
Quote dodolgemok 24-8-2022 12:00 PM
Woi bodoh, dosa dia memudaratkan satu negara, bukan dosa peribadi macam kau org hendap pasangan ngesek kat hotel tu! Boleh pulak jilat najis ni lagi walaupon dah 9-0 kat mahkamah! Apa cilakak punya lobai ni??
Quote She-Ra 24-8-2022 12:03 PM
paham ramai marah sakit hati segala kt NR ni
tapi jaga la tutur kata penulisan dlm sosial media
kalau nak lepas geram pun, pegi la ajak geng ngopi sambil membebel

aku takde rasa nak bertepuk, takde jgk rasa nak sedih teruk.. dh langkau 4series ni nak tenang2 je..
Quote krustykrab 24-8-2022 12:03 PM
Jilat nampak
Ada yg kata bila bijan dihukum kt dunia abis dh dosa dia dgn rakyat terampun...benarkah
Quote ChildrenOfBodom 24-8-2022 12:06 PM
Awat takleh pulak nk bergembira ? Percuma ja bkn kena bayaq. Kalau kena kt sek depa tu pandai la bawak kuaq dalil dari quran , pelbagai cuba kalau kena kat musuh politik, kot lain pulak nadanya. In conclusion semua bangsat politaik ni sama ja baik yg lobai baik yg liberal. Mampus la hampa semua cpt2..
Quote ina_na 24-8-2022 12:29 PM
Ikut suka ati la nk gumbira ke x.. dah 4thn tunggu... Senyap dah FB..kalo x dia la terpaling nye..
Quote SedihPedih 24-8-2022 12:32 PM
xde pulak rasa nk bertepuk tgn..sb tau later2 banduan ni akan dpt VIP treatment jua. Tak sama level dgn  marhain. Anyway, benda salah tetap salah. Cuai ke apa, bukan alasan. Keadilan patut sama rata tak ikut pangkat.
Quote tintin22 24-8-2022 12:32 PM
biasa je.
tak ada rasa nak celebrate apa2
Quote KIM.K 24-8-2022 12:34 PM
Kita menyokong bukan sebab menjilat. Engko appoint la wali jadi PM apsal tak buat
Quote Orix 24-8-2022 12:38 PM
dodolgemok replied at 24-8-2022 12:00 PM
Woi bodoh, dosa dia memudaratkan satu negara, bukan dosa peribadi macam kau org hendap pasangan nges ...

kan... bodoh gila ...... kalau najib tu mengaku salah dan pulang semula duit dan insaf boleh la cakap cmtu... ini dia dah jatuh hukuman pun masih bongkak n in denial.... lagi mau kesian... Ujian, ujian tak habis2... ini bukan ujian, ini BALASAN !!!! bodo punya lobai
Quote becir 24-8-2022 12:43 PM
sukatila nak tepuk ke nak menari bhangra ke..

Quote krustykrab 24-8-2022 12:45 PM
babelina replied at 24-8-2022 11:40 AM
tp tu la.. xde la nk gembira tepuk tgn bagai.. cuma bila memikir kn isteri ank cucu yg ditinggalkn.. ...

Tak yah sedih chuols..wpun dia kt dalam tu..family dia masih mewah kt luar..

Iols teringat bos mpaj yg masuk jel sbb kes restoran india dulu tu lagi kesian..kluar penjara hilang segala galanya termasuk family.
Quote mejaputih 24-8-2022 01:02 PM
krustykrab replied at 24-8-2022 12:45 PM
Tak yah sedih chuols..wpun dia kt dalam tu..family dia masih mewah kt luar..

Iols teringat bos mp ...

betul...family tetap hidup mewah....bukan mcm marhein....pastu duit yg dah hilang tu bukan dipulangkan balik...so iols takda rasa apa2 cuma berdoa semoga yang lain2 pun sama dihukum masuk penjara....
Quote mahalnya 24-8-2022 01:26 PM
Ada sorang acik tu komen kat insta..dia posa nazar 20hari dgn hrpn NR dsabit bsalah..
Quote asfaz 24-8-2022 01:27 PM
Cuba kalau DSN bebas? Agak2 apa pulak penyokong dia nganjing rakyat Malaysia?
Quote babelina 24-8-2022 02:08 PM
krustykrab replied at 24-8-2022 12:45 PM
Tak yah sedih chuols..wpun dia kt dalam tu..family dia masih mewah kt luar..

Iols teringat bos mp ...

ye juga.. yg sbnrnnya org nmpk tua..tu yg kesian.. pdahal dia x berada disisi ank bini cucu jer.. tp dorg masih hidup bermewah2 happy2..yg lain buat gak mcm dia nie.. nasib baik x masuk dlm jer...
Quote helle 24-8-2022 02:20 PM
Bukan setakat tepuk tangan..klau boleh akk nak bergendang sekali...bakar bunga api...suka hati orglah
Quote allshares 24-8-2022 03:01 PM
Orix replied at 24-8-2022 12:38 PM
kan... bodoh gila ...... kalau najib tu mengaku salah dan pulang semula duit dan insaf boleh la ca ...

Mmg balasan pun ujian apo menyusahkan rakyat. sampai skrg kita masih nk kena bayar hutang yg najib buat.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.268267 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top