CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hadiah Hari Jadi Jam Tangan Mewah RM584,491 Antara Pembelian Guna Dana SRC

24-8-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14332| Komen: 263

Jam tangan mewah bernilai RM583,491 didakwa antara salah satu pembelian barang menggunakan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang menyebabkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara, pada Selasa.


Pengarang bersama buku Billion Dollar Whale, Tom Wright mendakwa, perkara tersebut berlaku semasa lawatan Najib di sebuah kedai jam jenama mewah di Ala Moana Center pada 2014.


Twitter

Ujar Tom, Najib membeli jam tangan berkenaan sebagai hadiah hari jadi di mana pembayarannya didakwa diuruskan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dibayar menggunakan wang dana negara.


“Dia melawat bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Hawaii, tetapi terpaksa pulang ke Malaysia kerana bencana banjir besar. Isterinya (Rosmah) marah kerana memendekkan cutinya.

“Jadi Najib membawa Rosmah ke kedai jam tangan mewah untuk membelikannya barang kemas bernilai 130,000 dolar (RM583,491), sebagai hadiah hari jadi dan membayarnya menggunakan kad kredit yang dijaga oleh Jho Low,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Selasa.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.




Ulasnya, maklumat mengenai penyata kad kredit milik Najib telah dibocorkan oleh seorang sumber dan mereka melihat penggunaan kad berkenaan di sebuah kedai jam tangan mewah di Hawaii.

“Terdapat dua kedai di Honolulu, Hawaii. Saya telah dibuang daripada kedai yang pertama kerana bertanya soalan.

“Kemudian kami mendapat transkrip mesej telefon Jho Low, yang menunjukkan dia menghantar mesej dengan Najib mengenai masalah kad kredit di kedai jam tersebut.

“Dan kami mempunyai dokumen bank lain yang menunjukkan kad Najib dibiayai daripada 1MDB,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Noraniza_Iblis 24-8-2022 10:58 AM
kemainn kak mah..
jam casio tak pandang..
nk yg ratus riban...
Quote kaseh80 24-8-2022 11:07 AM
Kak Mah memang raku$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Quote Firenzza 24-8-2022 11:22 AM
Macai bengap klau baca citer ni nti dikatanya hasutan dapig.

Maknanya jho lok mmg close friend jibun sampai calling2 mintak topup cc sbb pymnt do not honor
Quote jalfa 24-8-2022 11:26 AM
Curlast nek mah...maerajuk sikit je dpt jam setengah juta...najib najib tersungkurnya seorang lelaki , dilbelakangnya ada seorang wanita....
Quote cm_vungtau 24-8-2022 11:30 AM
Berapa agaknya credit card limit dia?
Quote juboqhang 24-8-2022 11:31 AM

Quote green~tea 24-8-2022 11:36 AM
Pakai lah barang kemas baju lawo mahal cemane skali pun, kalo basic features tu out.. tetap laaa seroper seindah biasa sahaja... orang tak toleh 2-3 kali pun...
Quote chandrahusin 24-8-2022 11:37 AM
Dalam docu Black Money psl 1MDB kat Netflix
Najib kata Rosmah mcm isteri2 org lain
Suka kumpul henbeg
Mslh nya Jib.. Rosmah pya collection
Tak tercapai dek akal
Quote Orenn1 24-8-2022 11:47 AM
jalfa replied at 24-8-2022 11:26 AM
Curlast nek mah...maerajuk sikit je dpt jam setengah juta...najib najib  tersungkurnya seorang  ...

Puas dah kut hati kak mah skrg ni, krn nafsu besar dia najib terpaksa buat keja jahat skala besar
Quote Orenn1 24-8-2022 11:51 AM
green~tea replied at 24-8-2022 11:36 AM
Pakai lah barang kemas baju lawo mahal cemane skali pun, kalo basic features tu out.. tetap laaa ser ...

lol kheenn sis, gems betul dia, banu kurung bunga besar2 penoh badannn. Skrg ni dah kurus skit dah pandai pakai baju plain, ke dia baca CI ni
Quote sam1528 24-8-2022 11:52 AM
Eeeehhhh ... betui ke ne

Bukan macai totok party asobiyyah & pentaksub tegar Pok Jib(yg dalam masuk) klaim dia belanja kesemua dana tersebut beli sejadah & kain pelikat & telekung

@kemaruk


Quote dodolgemok 24-8-2022 11:59 AM
@rashiman xpaham english, tu asyik cakap fitnah pon walaupon dah 9-0 kat mahkamah. Kahkahkah!
Quote sismarkonah 24-8-2022 11:59 AM
Edited by sismarkonah at 24-8-2022 12:02 PM
jalfa replied at 24-8-2022 11:26 AM
Curlast nek mah...maerajuk sikit je dpt jam setengah juta...najib najib  tersungkurnya seorang  ...

Bila kak Mah nak masuk Kajang Resort juga? Kes belum habis bicara kan? Manatau boleh setup parti tipuware pulak dalam tu, sesilap Kak Mah terus jadi kak long kawasan bila dah masuk ke dalam
Quote krustykrab 24-8-2022 12:01 PM
green~tea replied at 24-8-2022 11:36 AM
Pakai lah barang kemas baju lawo mahal cemane skali pun, kalo basic features tu out.. tetap laaa ser ...

Nek mah masa muda dlm kategori pompyan lawa la jgk...
Quote sismarkonah 24-8-2022 12:01 PM
Orenn1 replied at 24-8-2022 11:51 AM
lol kheenn sis, gems betul dia, banu kurung bunga besar2 penoh badannn. Skrg ni dah kurus skit dah ...

maybe kak Mah tgh prektis pakai baju plain maklonglah nnti2 baju kat "dalam" pun plain juga khuenss
Quote syamzana 24-8-2022 12:03 PM
untung larrrr merajuk sikit dpt jam ratus ribu.
kalau iols gems gitu agaknya merajuk sikit toklaki suh gi bersenam kurangkan kilo
Quote syaz_lina 24-8-2022 12:04 PM
memang korup puak2 ni..harap cepat dipanggil ilahi ke alam barzakh.
Quote Orenn1 24-8-2022 12:06 PM
sismarkonah replied at 24-8-2022 12:01 PM
maybe kak Mah tgh prektis pakai baju plain maklonglah nnti2 baju kat "dalam" pun plain juga khuens ...

lol agaknya lahdah kurus skit kak mah skrg pesen pun dah bertukar selendang pun dah hilang, kelakar betul kak mah tok laki nak kena masok penjara pun dia masih ada nafsu jadi fashionista kat mahkamah
Quote afie_m 24-8-2022 12:06 PM
krustykrab replied at 24-8-2022 12:01 PM
Nek mah masa muda dlm kategori pompyan lawa la jgk...

betul, memang lawa time muda..

Lihat semua komen(263)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.147655 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top