CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Pelajar Senior Kolej Vokasional Pukul Junior Dalam Surau

24-8-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 957| Komen: 1

Kuala Lumpur: Polis menahan 10 pelajar sebuah kolej vokasional di sini, kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pengadu yang juga ibu mangsa dimaklumkan warden asrama mengatakan anaknya tidak sihat.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Gambar Hiasan

"Mangsa memaklumkan dia dipukul beramai-ramai oleh senior kolej semasa berada di surau asrama.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk, pinggang serta sakit di keseluruhan badan akibat dipukul," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu katanya, pihak polis membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

"Tindakan akan diambil kepada mana-mana individu yang melanggar undang-undang tanpa mengira status," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 25-8-2022 09:44 AM
kenapa tak ada sapa komen ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055082 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top