CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sungai Furat Dah Kering, Tanda Kiamat Semakin Mendekat

24-8-2022 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3261| Komen: 26

Setiap yang bermula pasti ada penamatnya, setiap yang hidup pasti merasai mati serta setiap kehidupan itu pastinya akan menempuh pengakhiran dan itu adalah sunatullah yang sudah ditetapkan dan kita semua akan melaluinya.


Begitu juga dengan dunia ini, ia semakin hampir dengan pengakhirannya dan salah satu tanda dekatnya kiamat adalah keringnya Sungai Furat.

Berdasarkan kepada maklumat daripada Britannica menjelaskan bahawa Sungai Furat yang juga disebut sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan 2,800 kilometer (km) dan ia adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat.

Memperihalkan sungai itu dalam geografi, Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq.


Foto: Harian Metro


Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat menuruni antara banjaran utama Pergunungan Taurus ke dataran tinggi Syria.

Ia kemudian mengalir melalui barat Iraq dan tengah untuk bersatu dengan Sungai Tigris. Lembahnya mempunyai pengairan yang banyak pada zaman dahulu dan banyak bandar besar, sebahagian daripada runtuhannya masih kekal, memenuhi tebingnya.

Dengan Tigris, ia mentakrifkan kawasan yang dikenali secara sejarah sebagai Mesopotamia.

Sungai ini banyak memberi gambaran tentang Hari Kiamat dan ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak terjadi Hari Kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata 'mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu." (Hadis Riwayat Muslim, No 5152)

Hadis ini jelas memberi gambaran bahawa perebutan bukit emas itu akan berlaku dan pertumpahan darah yang dahsyat akan terjadi kerana mahu merebut kekayaan berkenaan.

Rasulullah SAW dalam hadis di atas menjelaskan bahawa daripada 100 orang yang bertempur, 99 orang akan mati dan hanya seorang saja yang hidup.

Begitulah dahsyatnya perebutan harta berkenaan dan sebagai umat Islam, Nabi SAW sudah mengingatkan kepada kita semua supaya tidak mengambil harta berkenaan walaupun sedikit.

Sungai Furat adalah sungai terpanjang di Asia Barat. Mengairi tiga buah negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Ia berpunca dari hiliran timur Turki, kemudian merentasi Syria, memasuki Iraq dan bertemu ulu sungai Tigris sebelum berakhir di muara Shatt Arab, pesisir Teluk Parsi.

Sungai Furat bersama Sungai Tigris menjadi sumber air dan juga laluan penting. Sehingga hari ini Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Bukti sains juga menunjukkan bahawa sungai itu semakin mengering hasil daripada imej cerapan satelit daripada tahun ke tahun dan ini membenarkan sabda Nabi SAW berhubung pengeringan sungai berkenaan dan akan muncullah bukit emas yang menjadi rebutan.

Laporan media juga banyak menunjukkan bahawa pada hari ini sungai berkenaan sudah mengering sedikit demi sedikit dan kini dikatakan sudah berada pada tahap kritikal.

Terdapat juga ramalan daripada pengkaji barat bahawa sungai berkenaan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040 namun ia hanya sekadar ramalan tetapi apa yang perlu diinsafi adalah pengeringan sungai berkenaan adalah bukti hampirnya kita pada hari ini dengan pengakhiran yang sudah dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW sejak lebih 1,400 tahun yang lalu.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu." (Hadis Riwayat Bukhari, No 6586 /  Muslim, No 5153)

Melihat kepada semua bukti berkenaan, maka benarlah seperti peringatan serta panduan yang sudah diberikan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW berhubung insiden serta tragedi akhir zaman yang bakal berlaku.

Namun, satu persoalan besar yang perlu dijawab pada hari ini adalah apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi zaman kekalutan dan penderitaan berkenaan.

Islam menganjurkan kepada kita supaya sentiasa bersedia dengan meningkatkan amal ibadah dan kembali kepada Islam sebenar berlandaskan kepada al-Quran, hadis dan ikutan ulama muktabar.

Sesungguhnya, pengakhiran untuk dunia ini pasti akan berlaku kerana perkara berkenaan sudah pun dinyatakan menerusi banyak firman Allah SWT yang mengingatkan tentang hari kiamat dan manusia akan diadili di padang mahsyar.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah akan datang kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya (dari barat). Apabila matahari terbit dari barat maka orang ramai melihatnya, lantas mereka beriman seluruhnya. Maka itulah saat ketika iman seseorang tidak lagi bermanfaat bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya." (Hadis Riwayat Bukhari, No 4269)

Oleh itu, tanda-tanda kecil Hari Kiamat sudah terlalu banyak di hadapan kita dan segeralah kita bertaubat memohon keampunan atas dosa dan kesilapan yang dilakukan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 24-8-2022 11:40 AM
agaknya apalah maksud sebenar 'emas' tu ye...musykil juga
Quote nurul_akmar 24-8-2022 12:27 PM
hyie replied at 24-8-2022 11:40 AM
agaknya apalah maksud sebenar 'emas' tu ye...musykil juga

mungkin minyak ke
Quote testly 24-8-2022 12:54 PM
Ermm..mungkin kah mmg emas semata2...
Quote rashiman 24-8-2022 12:57 PM
Dunia semakin tua, memang semakin hari semakin hampir..
Quote Skuau 24-8-2022 01:05 PM
tiada 'kiamat' dlm istilah hidup politikus & kapitalis.
Quote ainonymous 24-8-2022 01:28 PM

possible jugak. sebab semua org berebut2 nak "emas" tu
Quote white_musk 24-8-2022 01:31 PM
Nak kena menggelabah ke?
Quote Orix 24-8-2022 01:35 PM
hyie replied at 24-8-2022 11:40 AM
agaknya apalah maksud sebenar 'emas' tu ye...musykil juga

mmg emas harta karun zaman dulu kala berbukit2 banyaknya tenggelam dalam sungai tu kottt
Quote cmf_premierleag 24-8-2022 01:35 PM
Akak jmpe bideo kt tiktok psl sg.furat ni
Bila dh smkn kering, tetibe ada semacam bandar purba di bwh sungai tu
Siap ada tangga, bilik2 lg dah nampak sbb air dh smkn surut
Quote hyie 24-8-2022 01:49 PM
cmf_premierleag replied at 24-8-2022 01:35 PM
Akak jmpe bideo kt tiktok psl sg.furat ni
Bila dh smkn kering, tetibe ada semacam bandar purba di bw ...

menarik yach! mungkin sister boleh share video tiktok ittew atau nama tiktok tu kat sinih yach...namun terkadang versi tiktok ada jua lah exaggeratednyehh semata untuk contect etc
Quote gigahertz 24-8-2022 02:14 PM
hyie: agaknya apalah maksud sebenar 'emas' tu ye...musykil juga

i ramalkan ekonomi global akan collapse. U.S akan jatuh . China akan jatuh.
wang kertas tak laku. waktu itu dunia akan berpecah pada 3 puak.
a) puak makanan
b) Puak Senjata / Gangster
c) puak Supply makanan / bekalan.
yang berebut tu boleh jadi ke 3-3 ni.

Quote NazRysha 24-8-2022 02:20 PM
takutnya dengar
Quote rosedemon 25-8-2022 09:43 AM
allahu, tapi masih ramai tak bertaubat. termasuk aku
Quote silencekiller 25-8-2022 09:58 AM
Banyak jaa sungai lain tengah kering di europe kaa china kaa apa kaa sampai old relic ka structure kaa apa kaa dok timbul & nampak dek kerna penangan kemarau .. tapi mungkin masa tu tukang bawa cerita tak tahu pasal tempat lain kott... dah hidup di sekitar tu.. cerita pasal sg di situ jer laa..
Quote Abahmung 25-8-2022 11:04 AM
bukan ke sungai seluruh dunia tgh mengering skrg sbb kemarau teruk tahun ni???
Quote zonan4 25-8-2022 11:11 AM
bukan nak kiamat mmg akan ada kemarau ke bila dajal keluar
Quote dua_chzy 25-8-2022 11:25 AM
Gi mati la kiamat. Dari tahun 1990 akak dengar dunia nak kiamat.
Quote krustykrab 25-8-2022 11:27 AM
rosedemon replied at 25-8-2022 09:43 AM
allahu, tapi masih ramai tak bertaubat. termasuk aku

Masa pkp aritu ramai jgk yg bertaubat lps je semua ok, continue hidup mcm sblm pkp
Quote krustykrab 25-8-2022 11:29 AM
dua_chzy replied at 25-8-2022 11:25 AM
Gi mati la kiamat. Dari tahun 1990 akak dengar dunia nak kiamat.

Masa kelate kena banjir teruk taun 2014 dulu tu pun org ckp nak kiamat dah tu....sambil masing² hidupkn api rokok kat mulut nemasing

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.262925 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top