“Selebriti bertanggungjawab menunjukkan tingkah laku baik kepada masyarakat." Tindakan Noh Salleh memegang sebatang rokok ketika muncul di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) di ibu negara baru-baru ini menimbulkan kontroversi dan mendapat perhatian Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai menunjukkan contoh yang tidak baik terutama kepada kanak-kanak dan remaja. Malah, ia mendatangkan kemudaratan kepada perokok dan orang di sekeliling mereka. Dalam hantarannya di Facebook, Noor Hisham menegaskan selebriti menjaga tingkah laku dan bertanggungjawab menunjukkan tingkah laku baik yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat. “Ini juga selaras dengan hasrat KKM untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya kawalan terhadap produk merokok secara komprehensif dapat dilaksanakan bagi mengekang masalah merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia,” tulisnya. - CARI
|
tipah89 replied at 24-8-2022 10:55 AM
dia ingat cool sgt ke tunjuk rebel or ckp carut2? helok la kena dump mcm nangka dgn mn
ADVERTISEMENT