CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesanan Terakhir Ditinggal Najib Razak Buat Ramai Sebak

24-8-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5471| Komen: 83

Satu pesanan yang ditinggalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas meja di kediamannya didedahkan menerusi Facebook rasminya sebentar tadi.


Pesanan tersebut dipercayai merupakan kata-kata terakhir yang ditinggalkan Najib buat keluarganya sebelum beliau dihukum penjara 12 tahun susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman sebelum ini.


Foto: FB
Berikut merupakan pesanan yang dimuat naik:

Keluargaku, Anak cucuku. My family. My love.

Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa. Ke hari ini, 46 tahun lamanya. (46 years is a long time.)


Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda. Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya. Merancang pembangunan, menggubal dasar kebajikan, mengurus ekonomi, mengukuhkan hubungan antarabangsa dan menyelesaikan krisis.

Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy. Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi.

Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar. Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja. Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian. Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all. My years have gone by dedicated to people, public service, politics. A sacrifice I chose and I made.

A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you. Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.

My family. My love. Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT. Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.

Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat. Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Love you all.
Daddy

(Mesej yang ditinggalkan daddy atas mejanya untuk kami sekeluarga) –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 24-8-2022 02:14 AM
Buat dah drama syahdu syahdannnn
Quote miszclassique 24-8-2022 02:52 AM
Wah wah, menanti keadilan dan penghakiman mahkamah akhirat
Quote sukacactus 24-8-2022 06:04 AM
Sorry la jib, xsampai
Quote jas7512 24-8-2022 06:27 AM
Xpelah..bg peluang abg jib berehat dan tambah amalan utk ke sana...moga dah lepas hukum dunia diampunkan di akhirat sana
Quote zidane_ziege 24-8-2022 06:29 AM
password fb tak tinggal sekali ke? boleh jual tu
Quote JunkMail 24-8-2022 06:52 AM
Yihhhh... Nak kena sedih ke ni? Nyampah pulak baca. Masa senang berfoya-foya dgn segala duit tu takde pulak nak bersedih pilu...
Quote budakshinchan 24-8-2022 07:03 AM
sebelum ni ko dah hidup senang lenang sakau duit haram.. motip nk feeling teraniaya.. hidup dah kaya raya pon x cukup lg.. ni baru mahkamah dunia punya hukuman.. belum lagi mahkamah akhirat..
Quote xy_daen 24-8-2022 07:07 AM
X hiba pun. Tulis sendiri lettew
Quote matchstick 24-8-2022 07:08 AM
Gi mati lah kaww
Quote mrsamz 24-8-2022 07:12 AM
Aku paling x puas hati bab dia anak beranak tak setel cukai lhdn..jadah nyerr..org biasa sampai kene bankrupsi pasal tax..dia leh rilek2 je lagi..lahabau betul
Quote me12345 24-8-2022 07:17 AM
Dapat pengampunan agong..lepas lah kan..drama sgt
Quote mikasa 24-8-2022 07:39 AM
Agung nak mencemar duli kasi ampun ke? Satu dunia dah tahu dia bersalah. Atleast kasi duduk dalam 3 4 tahun dulu.
Quote bulalof 24-8-2022 07:42 AM
dah puas berseronok dgn duniawi. dah terlebih syurga dunia nikmat yg dpt dirasa.

betul dan salah bukannya kita semua tatau....
Quote 3chanceno 24-8-2022 07:46 AM
Pesanan untuk famili, kenapa dipublished? Famili attention seeker
Meols masih tak faham, Sampai ke sudah dia masih tak rasa bersalah
Quote tumpanglalu74 24-8-2022 07:49 AM
Kaplatotak, istilah ku beri..  Banyak cantek nak bersedey duke pilu.  Yang ko berposing dengan bini mude tu hape?  Sayang bini, anak & cucu le sangat!
Quote dodolgemok 24-8-2022 07:49 AM
Drama lah kau jibby! Meluat lah tgok kau merengek kat situ. Org lain peduli apa kat kau kan??
Quote ultra78 24-8-2022 07:49 AM
miszclassique replied at 24-8-2022 02:52 AM
Wah wah, menanti keadilan dan penghakiman mahkamah akhirat

Akhirat nanti minta penangguhan jugak. Mohon tukar judge.
Quote 3chanceno 24-8-2022 07:50 AM
mrsamz replied at 24-8-2022 07:12 AM
Aku paling x puas hati bab dia anak beranak tak setel cukai lhdn..jadah nyerr..org biasa sampai kene ...

Iya setuju...nie 3 orang dalam famili tak bayar cukai! Marhaen siap2 bulan2 atau tiap2 tahun kena kejar pasal bayar cukai! Ini cukai bukan seratus dua tapi million

Anak kak Mah yg buat filem tu ada bayar cukai tak?
Quote AznieBunnie 24-8-2022 07:54 AM
ah, dok sana diam-diam!!!

hukuman tu pun tak setimpal damages ko dah buat kat negara yg aku nak wariskan kat keluargaku, anak cucuku, my family, my love...
harap family ko yang korup tu pun dapat balasan dunia akhirat jua...

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.207642 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top