"Semoga diangkat darjatnya."
Demikian respons penyanyi dan pelakon Elyana terhadap pesanan terakhir dititip Najib susulan mantan Perdana Menteri itu diputuskan Mahkamah Persekutuan menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula semalam. Menerusi ruang komen pada hantaran itu, Elyana menyatakan rasa hormatnya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan berterima kasih atas jasanya kepada negara selama ini.
"Semoga diberi kekuatan dan ketabahan sebesar-besarnya untuk menempuhi ujian ini," ujarnya. Najib sebelum ini menitip pesanan terakhir buat keluarganya selepas dihantar ke penjara Kajang. Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta seperti dilaporkan media. - CARI
|
syaz_lina replied at 24-8-2022 10:50 AM
elyana saja nak ride the hype kan...masa tengah panas ni.
epiquecity04 replied at 24-8-2022 11:03 AM
teringin nak ada kawan T20 yg disconnected from reality mcm Elyana ni so i boleh paham perspective d ...
Udangpetai replied at 24-8-2022 10:56 AM
Nak muntah baca bossku punya ‘surat’ tu…
Hujung2 ayat berpegang teguh ajaran islam…
ezacbee replied at 24-8-2022 09:47 AM
Ramai rupanya yg buta. Najib sakau juta2, bagi brim ratus2 pun ramai yg bangga. Parah ni.
ADVERTISEMENT