Pereka fesyen jenama Behati, Kel Wen tampil memohon maaf atas penampilan yang digayakan ketika menghadiri acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini. Fesyen yang digayakan itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap tindakan Kel Wen menampilkan gaya seperti itu seolah-olah cuba mempersendakan agama Islam.
Kel Wen menerusi hantaran di Instagram menjawab tuduhan netizen serta menjelaskan penampilannya itu bukan berniat untuk mengejek mana-mana agama. "Saya baca komen-komen kalian, saya benar-benar tiada niat untuk mengejek mana-mana agama. "Islam sangat indah dan saya membesar dalam kalangan Muslim di Malaysia secara tidak langsung mempengaruhi seni dan gaya saya," katanya.
Dalam pada itu Kel Wen turut mengingatkan golongan pembenci di media sosial agar terlebih dahulu membuat kajian mengenai fesyen serta sentiasa menjaga turut kata. "Untuk haters yang tidak membuat kajian mereka, kamu tidak menerima hanya kerana gaya ini bukan kebiasaan bagi lelaki tempatan. Dan tolonglah jaga mulut," tulisnya. Dalam hantaran berasingan, Kel Wen turut berkongsi sejarah permulaan songkok dalam komuniti Melayu yang menurutnya dibawa oleh Muslim India ke Asia Tenggara pada abad ke-19. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|