CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dengan Nama Allah, Aku Menyertai Industri Hiburan Ini Untuk Keluarga,"-Anak Abby Dan Norman Jadi Artis

23-8-2022 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13784| Komen: 153

Diperkenalkan sebagai salah seorang peserta bagi program realiti terbaru, Fit For Action, anak kepada pelakon popular, Norman Hakim, Danish Hakim mempunyai misi peribadi untuk menceburkan diri di dalam industri seni.


Menurut Danish, selain membanggakan keluarga, dia juga mahu menyuntik unsur-unsur agama di dalam bidang yang sememangnya sudah mengalir di dalam darah keluarganya itu.

Foto: IG

“Dengan Nama Allah, aku menyertai industri hiburan ini untuk keluarga. Mengekspresi diri sendiri samada dari segi bright side mahupun dark side.

“Menggunakan ilmu martial arts serta sukan-sukan merbahaya/berisiko melalui platform ini.


“Membina personal branding sebagai inspirasi kepada adik beradik dan generasi rakan sebaya serta membawa unsur-unsur islamic+urbanic ke dalam bidang ini,” tulisnya.



Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Danish menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Danish turut memanjatkan doa agar tingkah lakunya sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


“Demi reda Engkau, ibu-ibu bapa-bapaku, aku mohon janganlah sesekali Engkau serahkan aku pada diriku sendiri dalam segala urusan terutamanya dari segi menjaga solat 5 waktu sehari semalam dan juga batas-batas tertentu yang lain-lain sebagai seorang Muslim.Aamiin,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan selamat buat Danish.



“All the best and good luck.

“Barakallah. Selamat maju jaya.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Bang Long.

“MasyaAllah, buat yang terbaik. Letakkan niat yang baik.




“Teruskan memberi inspirasi,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar info, selain Danish, perkahwinan Norman dengan bekas isterinya Abby Abadi pada 2002 turut dikurniakan Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awenda507 23-8-2022 05:20 PM
Bkn ke dia ni blaja tahfiz ke ape sblm ni? alih2 nak jd retis jugek. alahai dik. moga kuat iman nk harungi ujian2 bidang seni. gitewww iols doakan kau dik.
Quote missyL 23-8-2022 05:22 PM
Aiyo kuat nye tunggang
Quote rosedemon 23-8-2022 05:24 PM
herlok jugak. okla approved
Quote KamikuP 23-8-2022 05:31 PM
Jgn ikut jejak apak usung tilam mlm2 ekk
Quote anony-mous 23-8-2022 05:32 PM
Alah gelinya lahai penunggang dah la xhensem.
Quote cheezel 23-8-2022 05:32 PM
Perlu ke nak letak dengan nama tuhan tu. Nampak sangat penunggang
Quote mrsamz 23-8-2022 05:34 PM
Platform dah ada laluan ..mudah lah
Quote akuHavocczz 23-8-2022 05:40 PM
Maka dengan itu, tambah lah lagi satu penunggang
Quote MatDeghem 23-8-2022 05:42 PM


NORMANHAKIM.jpg






Quote de_ikea 23-8-2022 05:44 PM
Nak jd apa jadilah nak. Tp jd yg berguna pada agama negara dan keluarga
Quote abangadek 23-8-2022 05:45 PM
Yg laki ni takpa lah kot.. jgn si dania tu jd retis ayoooo
Quote ezacbee 23-8-2022 06:03 PM
abangadek replied at 23-8-2022 05:45 PM
Yg laki ni takpa lah kot.. jgn si dania tu jd retis ayoooo

Tunggu jelah nanti manatau masuk dewi remaja
Quote MatDeghem 23-8-2022 06:03 PM
Proses pembelajaran sekarang berjalan secara online. Selain jadi 'influencer' Danish turut gunakan platform media sosialnya itu untuk membuat sesuatu.

"Sebelum ini, dia belajar al-Quran dan sudah khatam beberapa kali. Malah, Danish juga berjaya tamatkan hafazannya dalam banyak surah. Kemudian, dia tergerak hati untuk mengajar mengaji bermula pada Jun tahun lalu menerusi platform 'online'.

"Sebelum ini, dia menang suka mengikuti kelas mengaji menerusi 'online' yang sedia ada. Sambil belajar, dia juga ada keinginan mengajar," katanya.

Norman berkata, dia pernah menasihatkan Danish supaya menyimpan wang, tetapi anaknya itu sudah membuat pembahagian sendiri termasuk memberikan wang kepadanya dan mamanya, Abby Abadi.

"Dia percaya kepada konsep taddabur al-Quran iaitu apabila bagi orang, rezekinya akan bertambah lagi. Perkara ini terdapat dalam Surah Al-Baqarah Ayat 261-262.

"Platform D'NGAJI Official bukan sahaja disertai oleh rakyat Malaysia, malah juga oleh rakyat Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat. Ada keluarga Malaysia yang menetap di luar negara pun mengaji dengannya.

"Itu yang buat pendapatannya bertambah. Dia ada 'rate card' mengajar dan raih pendapatan dari situ," katanya.

Menurutnya, Danish akan mula mengajar mengaji selepas Asar sehingga jam 12 tengah malam.

"Kadangkala dia mengajar sampai jam tiga pagi. Saya terkejut dan tanya kenapa sampai begitu sekali, rupa-rupanya dia mengajar pelajar di luar negara.

"Dia jana pendapatan dan bagi balik pada masyarakat. Danish kerap bagi sumbangan kepada masyarakat.

"Pada usia 17 tahun, dia beri duit pada ibu bapa dikira dahsyat. Tak kisahlah berapa jumlahnya kerana yang penting ialah ingatannya," katanya.

Quote MatDeghem 23-8-2022 06:08 PM

NORMANHAKIM.jpg


NORMANHAKIM 1.jpg




Quote Rogue98 23-8-2022 06:10 PM
Akhirnye ke dunia lara jugak lah budak tahfiz ni. Pastu tayang2 muscle. Kebodohan apa kah ini.
Quote Diamondmoney 23-8-2022 06:15 PM
Dasar penunggang low class
Quote Mary_jane 23-8-2022 06:26 PM
Kerana keluarga. Macam dah terpaksa plak join industri bunyi nya.
Quote amyza82 23-8-2022 06:30 PM
anony-mous replied at 23-8-2022 05:32 PM
Alah gelinya lahai  penunggang dah la xhensem.

Sis ingat, sis sorang tgk muka budak ni x helok
Sesuai jadi Crook je, jadi hero x lepas .
Sejuk perut bakyah ank ikut sama menunggang
Quote Ahgerbitch 23-8-2022 06:42 PM
Family dia dh jatuh miskin sgt ke? Demi family masuk industry hiburan? Apa kaitan nok hahaha…tak paham

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047531 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top