Mira Filzah berkongsi saat cemas apabila bayi lelakinya, Wan Khair Amir berusia tiga bulan disahkan positif Covid-19 dua minggu lalu.
Mira berkata, dia mengaku hilang punca dan menangis sebaik mengetahui bayinya itu dijangkiti virus berbahaya terbabit. "Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair. Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu. "Kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif Covid-19. Enggan mengambil risiko saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif Covid-19.
"Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan. Kita yang dewasa pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan," katanya kepada Harian Metro
|
TerataiMelur02 replied at 23-8-2022 04:46 PM
Nak kata dia ni dari family biporti tak jugak, laki pun kaya tapi sakan kaut job sebanyak mungkin. ...
timah03 replied at 23-8-2022 05:45 PM
Ada lecture yg ajar dia ni dulu kata... Dia ni memang suka bidang ni...tak tahu la kenapa...
Patut ...
MelahJanda replied at 23-8-2022 06:11 PM
dia bercampo gaul masa shooting la tu, berjangkit baby
timah03 replied at 23-8-2022 05:45 PM
Ada lecture yg ajar dia ni dulu kata... Dia ni memang suka bidang ni...tak tahu la kenapa...
Patut ...
ADVERTISEMENT