CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Disambar Petir Ketika Acara Larian

23-8-2022 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 992| Komen: 0

Seorang peserta acara larian di sebuah kawasan pergunungan di Greece maut dipanah petir, manakala seorang lagi peserta cedera, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kejadian pada pagi kelmarin itu berlaku ketika kumpulan peserta menyertai acara perlumbaan Enam Puncak, yang melibatkan lokasi-lokasi tertinggi di Gunung Falakro, utara Greece.


Getty image

Mereka berada pada ketinggian kira-kira 1,341 meter  apabila petir menyambar kedua-dua mangsa.

Ketika kejadian, 55 pelari lain dikatakan telah tiba di garisan penamat, manakala berpuluh-puluh lagi peserta masih cuba menamatkan perlumbaan mereka yang berakhir di sebuah resort ski.


Dua pasukan bomba dikejarkan ke gunung tersebut bagi mendapatkan mangsa yang cedera iaitu lelaki berusia 56 tahun. Seorang peserta berusia 55 tahun pula meninggal dunia dalam insiden tersebut.

Mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital di bandar Kavala di mana pihak berkuasa mengesahkan bahawa dia mengalami cedera parah. 

Menurut laporan, cuaca cerah ketika perlumbaan bermula, namun kemudian bertukar kepada hujan lebat.

Acara larian sejauh hampir 37 kilometer tersebut bermula pukul 7 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu di kampung Pyrgoi pada ketinggian  629 meter di atas gunung setinggi 2,232 meter tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 1.215691 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top