CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Jutawan Dipenjara Sebab Gubah Wang Haram, Isteri Tertekan Jaga 22 0rang Anak

23-8-2022 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 781| Komen: 1

TBILISI: Seorang wanita mengakui berdepan kesukaran untuk menguruskan 21 orang anaknya selepas suaminya yang merupakan seorang jutawan ditahan atas tuduhan penggubahan wang haram.


Kristina Ozturk, 25, dari Batumi di Georgia berkata, dia bergelut untuk menumpukan pada perkara yang menggembirakan kerana masih mengharapkan kepulangan suaminya dari penjara.

Lapor Daily Mail, Kristina berkata, kesemua 21 anaknya dilahirkan menerusi kaedah rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) dan kaedah ibu tumpang.


Foto: IG

Dia membelanjakan lebih 168,000 euro (RM755,280) untuk khidmat ibu tumpang antara Mac 2020 dan Julai 2021, selain lebih 90,000 euro (RM404,614) setahun bagi membayar 16 pengasuh untuk menjaga mereka.


Kristina yang mempunyai seorang anak sebelum bertemu dengan ahli perniagaan Turki, Galip Ozturk, 57, yang memiliki syarikat bas Metro Turizm.

Pasangan itu berkahwin dan merancang untuk mempunyai 105 bayi menerusi kaedah IVF namun semuanya terhenti selepas Galip ditahan atas tuduhan penggubahan wang haram dan pemalsuan dokumen pada Mei lalu.


Foto: IG


Galip melarikan diri dari Turki pada 2018 selepas mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap lelaki itu berhubung kes pembunuhan pada 1996.

Ibu kepada 22 orang anak itu mendedahkan menerusi paparan video sedih di Instagram bahawa dia masih mengharapkan Galip pulang dengan selamat.

Malah, Kristina mengakui berasa amat sukar untuk menguruskan akaun Instagram mereka sejak Galip ditangkap.

“Sudah tentu ramai perasaan dengan insiden yang berlaku dalam keluarga kami. Saya berasa amat sukar untuk menguruskan halaman ini.

“Sukar untuk bercakap mengenai beberapa perkara rumah tangga atau kegembiraan apabila semua fikiran hanya menunggu suami pulang ke rumah kami,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote buapakperut 23-8-2022 07:37 PM
tu la nak sgt anak ramai.rupanya laki money laundry. kesian anak3 tu semua kecik lagi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034729 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top