CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Gigit Kepala, Pulas Leher Anjing Polis

23-8-2022 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1131| Komen: 3

LONDON – Seorang lelaki Britain dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana menggigit seekor anjing polis dan menyerang pegawai bertugas, lapor akhbar The Telegraph.


Matthew Boulter, mengaku bersalah selepas diberkas kerana menyerang tiga individu dan mendatangkan kecederaan kepada haiwan di sebuah lokasi di Grimsby.

Menurut laporan, polis diarah untuk menahan tertuduh pada Ahad lalu kerana didakwa terlibat dalam beberapa siri serangan sebelum itu.

Foto: Polis Humberside

Ketika seorang pegawai cuba menahannya, Boulter menumbuk dan menendang beberapa pagar ke arah polis tersebut yang menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan.


Seekor anjing polis bernama PD Xander kemudian dikerah untuk membantu dalam tangkapan tersebut, namun Boulter bertindak menggigit haiwan itu pada bahagian kepala sebelum memegang dan memulas kolar lehernya.

“Menyerang kakitangan perkhidmatan kecemasan adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima, manakala anjing polis pula memberikan bantuan penting kepada kami. Ia adalah sebahagian daripada keluarga polis,” kata Detektif Sarjan Thomas Crosfill dari jabatan Polis Humberside.

Tambah Crosfill, insiden tersebut berlaku di sebuah lokasi awam dan boleh menjejaskan mangsa serta orang ramai yang lalu-lalang.

“Kami ingin memastikan bandar ini selamat kepada orang ramai untuk hidup, bekerja dan melancong,” ujarnya.

Dalam pada itu, PD Xander dilaporkan telah sembuh dan kembali bertugas pada keesokan harinya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 23-8-2022 12:30 PM
Anjing tuh slmt ke tak.. itu je aku nak tau
Quote KamikuP 23-8-2022 04:05 PM
I hate dogs - exccept poodle dog rasa nak sepak sepak je sbb terlalu comel
Quote rosedemon 23-8-2022 05:09 PM
nohhhhhh rokiah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.204085 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top