Suatu ketika dahulu, di bulan kemerdekaan, kita sering dapat melihat banyak filem pendek muncul di TV berkisarkan hari kebangsaan.
Salah satu iklan merdeka yang ditunggu -tunggu adalah dari arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Pasti ramai yang masih ingat lagi dua kanak-kanak kecil yang membintangi iklan Merdeka pada sekitar tahun 2007. Ketika itu mereka masih belajar dalam Tahun 1 di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Mereka tidak lain daripada pasangan sahabat karib Ummi Khazriena Skhrudin & Tan Hong Ming.
Ternyata sikap jujur dan kecomelan mereka begitu terserlah dalam iklan muhibbah itu apabila diwawancara tentang persahabatan mereka. Kini, selepas 15 tahun berlalu, Ummi Khazriena dan Hong Ming telah bergelar remaja dan dipertemukan semula untuk sebuah lagi iklan bagi sambutan Merdeka ke-65 tahun ini. Ia diterbitkan Lokalteez (jenama jersi lifestyle berkualiti) dan diarahkan penulis hiburan dan skrip berpengalaman, SlenFadzil. Melalui video berdurasi kira-kira 8 minit itu, Ummi dan Hong Ming berkongsi cerita terbaru tentang diri mereka selain mengimbas kenangan bersama arwah Yasmin. Mereka juga meluahkan aspirasi masing-masing terhadap maksud kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. -CARI Sumber: Murai.my
|
fealefea replied at 23-8-2022 12:58 PM
la ingatkan perempuan tu QAS model tudung alhumaira
Belibis replied at 23-8-2022 01:06 PM
Sangat ironi..jiwa merdeka berspiking london.
lasagna replied at 23-8-2022 01:01 PM
haaa yg ittew lawooo org nya.. ni khazriena bdk iklan petronas merdeka dulu kala.
Aneem replied at 23-8-2022 12:55 PM
Dia siap salam cium tangan eh.
Bersopan sungguh.
Belibis replied at 23-8-2022 01:06 PM
Sangat ironi..jiwa merdeka berspiking london.
ADVERTISEMENT