CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Asing Buang Botol Arak Merata-Rata, Selamba Sembelih Kambing Di Koridor Flat

23-8-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3239| Komen: 38

BENTONG – Penduduk tempatan di Flat Taman Benus Jaya di sini bimbang dengan dominasi warga asing yang mengotorkan kediaman terbabit sehingga ada segelintir mereka menyembelih kambing di koridor baru-baru ini.


Selain itu, warga asing terbabit juga menjadikan rumah kosong di flat berkenaan sebagai tempat membuang sampah, malah turut ­membuang botol arak merata-rata.

Flat itu dibuka pada 1992 itu dan mempunyai 192 buah rumah dengan hanya 104 berpenghuni yang mana 58 rumah dihuni warga asing, manakala 46 dihuni oleh warga tempatan.

Foto: Kosmo

Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati, warga asing majo­ritinya adalah dari negara Nepal dan Myanmar diikuti warga Indonesia, Bangladesh dan Pakis­tan.


Selain itu, kawasan flat yang tidak mempunyai kawasan riadah dan taman permainan itu menjadi tempat longgokan botol-botol arak, manakala kawasan tangga flat juga kotor.

Seorang penduduk Rosfadzli Saleh,42, berkata, sikap dan budaya warga asing yang dibawa ke situ khususnya dalam aspek kebersihan menimbulkan keresahan kepada masyarakat.

“Walaupun tiada lagi kes mereka memukul penduduk tempatan, namun tindakan mereka seperti membuang sampah di rumah-rumah kosong menjejaskan kebersihan dan baru-baru ini menyebabkan berlakunya kebakaran.

“Tindakan mereka yang sembelih kambing di koridor flat sebelum ini juga buat penduduk tempatan tak senang kerana ia bukan sahaja menjejaskan aspek kebersihan, malah dianggap sebagai ganas dan kejam,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, pihaknya telah membuat aduan kepada pihak berwajib mengenai isu tersebut, termasuk pihak berkuasa tempatan dan polis serta berharap isu ini dapat diatasi segera.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Mohamad Sharafi Shafie,43, berkata, tindakan warga asing yang minum minuman keras di kawasan itu memberikan imej dan budaya tidak baik khususnya kepada generasi muda.

“Sebelum ini ada yang membaling botol ke bawah menyebabkan kaca pecah, ini sudah tentu membahayakan penduduk khususnya kanak-kanak yang bermain di bawah flat dan dibimbangi mereka yang minum arak hingga hilang pertimbangan,” katanya.

Dalam pada itu Penghulu Mukim Bentong, Mohd. Khairun Abdullah berkata, imej flat ber­kenaan sebagai ‘flat warga asing’ perlu diubah dan satu transformasi perlu dilakukan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

“Sebelum ini apabila lalu di sini, saya tidak nampak warga tempatan, warga asing sahaja yang ada. Botol-botol juga dibuang bersepah,”katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Benus, Zaharah Ismail berkata, dalam usaha mengatasi pelbagai isu di flat berkenaan, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mentransformasikan flat berkenaan.

Ujarnya, jawatankuasa itu akan mengadakan gotong royong dan program bagi menjaga ­keselamatan dan kebersihan flat berkenaan secara berterusan, sekali gus menceriakan kembali penempatan berkenaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 23-8-2022 10:19 AM
Keluarga malaysia..teguh bersama..
Quote pembacagosip 23-8-2022 10:23 AM
eh seram nya...sembelih kat padang2 x ada ke...pening2 kejiranan mcm ni
Quote shinyoung 23-8-2022 10:27 AM
Haha..I pnh komen kt tred rohingya..gitula deme kt selayang nu ha..selamber sembelih kambing lembu kt area bangunan tu..ni dh merebak ke bentong ya..syabas malaysia ku...
Quote Nnoor2 23-8-2022 10:28 AM
Bawak budaya sendiri ke negara orang...nila bila berhadapan dgn manusia2 low class...x de pelajaran...x de ilmu
Quote Artemesiaa 23-8-2022 10:31 AM
Eloklah tu bagi ramai2 masuk lagi dah makin merata nampaknya
Quote pearl.silver 23-8-2022 10:32 AM
Klu dr hiway bentong-karak tu bole nmpk unit2 yg tinggal rangka saja..tuan rumah pun xsudi nk jengah dah unit dia..
Quote Cassieopeia 23-8-2022 11:13 AM
bahayenye dah mcm kg diorg plak yg tempatan ni plak mcm menumpang... budak2 perempuan jgnla bg keluar sensorg..
Quote copy_paste 23-8-2022 11:24 AM
selagi xde penguatkuasaan selagi tu la wujud rakyat mental kelas ke 3
Quote Skuau 23-8-2022 11:28 AM
Asing olang simbilih apa ka bukan kita punya hal...yg penting gomen misti mau kasi dia olang sini kelija kasi kita kaya..bayar tax sama gomen..itu yg penting-Dasar Kapitalis
Quote nikola.tesla 23-8-2022 12:33 PM
copy_paste replied at 23-8-2022 11:24 AM
selagi xde penguatkuasaan selagi tu la wujud rakyat mental kelas ke 3

warga asing tu rakyat ke?
Quote ketambangkang 23-8-2022 02:27 PM
pehh dpt bayangkan macamana keadaan flat tu
Quote dua_chzy 23-8-2022 02:34 PM
Akak lagik rela berjiran dengan Pilak dari Rohingla.
Quote copy_paste 23-8-2022 04:38 PM

kira rakyat da le,truly asia,mcm2 bangsa ade,
rohingya pun nk dijadikan pekerja da
Quote rosedemon 23-8-2022 05:06 PM
puak2 ni bwak perangai ngara asl dtg sini si*lll
Quote felinecat 23-8-2022 05:10 PM
bila puak die ramai, besor kepala pulak die
Quote buapakperut 23-8-2022 07:39 PM
teruknya depa buat mcm negara dunia ketiga depa tu
Quote buapakperut 23-8-2022 07:42 PM
Cassieopeia replied at 23-8-2022 03:13 AM
bahayenye dah mcm kg diorg plak yg tempatan ni plak mcm menumpang... budak2 perempuan jgnla bg kelua ...

dulu laki iols cerita bangla ni kalau kat negara dia sebab Islam,pempuan memang takleh kluar umah lagi2 sensorang. biasanya dorang rogol dan untuk justify kote syial dorang cakap pempuan yg kuar umah tu jahat,mengundang. datang mesia pandang pempuan yg gi keje ni agaknya kote die terpusing2 nak rogol
Quote Kurex 23-8-2022 08:13 PM
Rohingya parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Quote dekmieDandy 24-8-2022 10:33 AM
pearl.silver replied at 23-8-2022 10:32 AM
Klu dr hiway bentong-karak tu bole nmpk unit2 yg tinggal rangka saja..tuan rumah pun xsudi nk jengah ...

hehe flat tu aku rasa memang pekerja kilang sebelah tu je yang sanggup duduk

busuk wei bau dari kilang tu

dulu-dulu time kilang tu tak besar sangat, ramai jugak local duduk situ

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.129471 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top