CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

40 Penyanyi Rock Sokong Kenyataan Awie Industri Muzik 'Dilacurkan' Orang Macam Aliff Syukri

23-8-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3111| Komen: 28

Sekumpulan penyanyi Rock Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Datuk Awie sebelum ini yang menganggap kemunculan lagu baharu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Baby Sayang sebagai perosak industri muzik tempatan.


Penyanyi Aris Ariwatan berpendapat kerajaan perlu mewujudkan kembali panel penilai industri muzik seperti mana yang pernah mereka lalu suatu ketika dahulu.


Foto: mStar

"Kita faham apa yang berlaku disebabkan transformasi semasa namun bagi saya kerajaan perlu wujudkan kembali panel penapisan lagu seperti mana yang pernah kami lalui suatu ketika dahulu.

"Kalau dahulu suara sumbang atau susunan muzik salah memang tak boleh keluar radio atau dimainkan di mana-mana. Jika panel itu kembali wujud, saya percaya ada kawalan terhadap industri muzik.

"Kami sokong dengan pandangan Datuk Awie agar tidak wujud 'pelacur' dalam industri. Saya dengar sendiri nyanyian Aliff Syukri, memang sumbang," katanya.

Aris berkata demikian dalam satu sesi kongsi pandangan bersama rakan-rakan penyanyi rock yang dilakukan secara atas talian pada malam Isnin.

Lebih 40 penyanyi rock tempatan menyatakan tanda sokongan terhadap kenyataan dibuat Awie baru-baru ini termasuk Baggio, Ringgo Arrow, Isa Graviti, Zack kacamata, Afee, Rose Sherox, Izam Eye, Rahmat Tohak, Wom UG1411 dan JoeyBPR.

Foto: mStar

Tidak ketinggalan Yazid Sejati, Azman Terlena, Burn Meditasi, Rom Amija, Isa Handy Black, Yantzen, Azul Fair, Shafie Rio, Atan Aryan dan Boy Mercury.

Turut menyatakan sokongan adalah Jereen Okay, Nizam Laksamana, Amir Ukays, Yann Keno, Zahruddin, Acong Sweetchild, Alim Kris, Rahmat Ekamatra, Ali XPDC, Nk Putra dan Amy Grand.

Dalam pada itu, Aris berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius kerana dalam apa juga bidang itu mempunyai kaedah dan adab tersendiri.

Aris turut memberitahu, sekiranya Aliff ingin bergelar penyanyi, usahawan itu dinasihatkan untuk memperbetulkan cara nyanyiannya terlebih dahulu dan bukan menjadi jalan mudah.

"Perbetulkan cara nyanyian dulu dan jangan ambil jalan mudah! Sekurang-kurangnya nyanyian tak sumbang," katanya.

Sementara itu, penyanyi Acong Sweetchild pula memberitahu jika situasi terus berlaku ia akan menjadi perosak dalam industri.

Disebabkan kemunculan penyanyi yang mengambil jalan mudah, ia sedikit sebanyak menjejaskan artis lama atau pun baharu yang beria-ia memperjuangkan karya masing-masing.

"Apabila tidak wujud sebarang penapisan, mana-mana peniaga produk seperti Aliff boleh buat sesuka hati mereka. Benda mengarut begini memang ramai orang suka dan sebab itu jadi trending.

"Kalau benda tak sihat ini berlaku, apa nak jadi dengan penyanyi yang berhempaas pulas dalam kerjaya mereka? Kami seolah-olah ditolak ke tepi," ujarnya.

Bagi Yantzen pula, penyanyi itu senada dengan rakan-rakannya selain percaya 'permainan' wang yang dilakukan oleh sesetengah pihak seakan-akan membenarkan masalah dalam industri berlaku.

"Saya sudah rasa naik turun dalam industri ini. Memang terkilan apabila perkara sebegini berlaku.

"Transformasi dan permainan wang menjadi masalah dan mengizinkan isu sebegini terjadi," ujarnya.

Sebelum ini, Awie menerusi laporan mStar meluahkan rasa kesal dan menganggap industri seni 'dilacurkan' oleh segelintir usahawan yang cuba memasuki industri hiburan dengan bergelar penyanyi.

Kata Awie, industri muzik kini rosak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang tiada bakat. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HoneyManjer 23-8-2022 11:55 AM
semoga toklip sedor dighi.....rimaih la tgk dia
Quote Themilo 23-8-2022 12:05 PM
ramainya yang whoareyousssss....
Quote MatDeghem 23-8-2022 01:27 PM
Pertama TV station jangan bagi ruang lah untuk si belot letrik tu.
Kedua media digital pun jangan cover cerita dia. Biar media2 sangkak aje yang cover.

Quote beatgirlX 23-8-2022 01:31 PM
Ni semua rock kapak legend
Quote redz85 23-8-2022 01:34 PM
apa pun korang cakap, dia tetap ada peminat tegar...

yang sibuk sokong ramai dah sendu.. ramai aku tak kenal
Quote videcloset 23-8-2022 01:36 PM
saya pon sokong utk tak sokong abg sotong
Quote AnnaSendin 23-8-2022 01:53 PM
Sokong pasal usahawan ittuew. And may i add, ummah yang klaim diri sundiri penyanyi pon haruslah diberi penilaian seperti kak nab, baby pian dan nuha cassablanca.
Quote sleepandream 23-8-2022 02:17 PM
tak payahla panel2 tu semua... buang duit taxpayer jah...
lebih baik boikot komposer yg bagi lagu dekat heshe tu....
Quote shiraloveyou 23-8-2022 02:21 PM
Meluat tengok puak2 founder influencer menjahanamkan industry dengan gosip sampah dan lagu2 yang hazab..
Quote Prickford 23-8-2022 02:27 PM
Recently terkejut TV3 jemput Tok Lip Sekri menyanyi dekat rancangan deyols yg pagi2 tu. Tatau apa nama. Iolls macam....what??? Even kebabian Tok Lip Sekri sendiri ditayangkan dengan sengaja oleh pihak produksi TV. Patut kalau nak jaga sangat kualiti stesen & title2 mereka yg bergelar artis, patut pangkah terus Tok Lip Sekri ni.
Quote DeLuna85 23-8-2022 02:35 PM
Aku sokong usaha2 abg ni semua. Toklip pelacur dalam industri wakakaka
Quote eyansss 23-8-2022 02:54 PM
pihak sini cakap dilacurkan…  pihak sana cakap kebebasan dalam kreativiti…
Quote KamikuP 23-8-2022 04:14 PM
Itulah cuba tengok meolls punya signature.. cuolls dah block ke belum?
Quote NEmma 23-8-2022 04:25 PM
Kalau mcm ni tak ke mana sbb yg 40 org tu org lama yg ntah aktif ke tak lagi.. Kena dapat sokongan penyanyi berpengaruh @ komposer yg masih exist dan aktif dlm industri..
Quote stingerbumpy 23-8-2022 04:27 PM
Edited by stingerbumpy at 23-8-2022 04:28 PM

Kalau homosexual activites dah bakal boleh diterima sebagai non criminalise act dikebanyakhen negara hari ini...apa ler sangat setakat sore sumbangseh  mahu dianggap sebagai pelacuran dlm industri music?

Grow up people...grow up....

Quote rosedemon 23-8-2022 05:18 PM
boo alip sokri booo booo booob booooooo
Quote makneng 23-8-2022 05:36 PM
KamikuP replied at 23-8-2022 04:14 PM
Itulah cuba tengok meolls punya signature.. cuolls dah block ke belum?

Gigih mak click profile chuolls nak tgk apa siggy chuolls
Quote cicicumel 23-8-2022 05:40 PM
Dunia tanpa sempadan. Deorg xde hak pn nak gam atau halang. Sape2 pon bole upload lagu kat youtube tu. Zaman dulu lain la, medium sekadar radio tv.
Quote AshkieLa 24-8-2022 07:36 AM
masalahnya pada yg support culprit2 mcm ni...
kalau takde yg dok angkat, share or follow dia, semua whoareyous kan..
memang tak kemana diorg2 yg lapar perhatian ni.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034998 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top