CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ambil Masa Nak Padam Gambar, Usop Terharu Isteri Dah Bertudung Penuh

23-8-2022 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1781| Komen: 8

Penyanyi Usop meluahkan rasa syukur apabila isterinta, Nur Fatihah Md Hashim kini menutup aurat dengan tampil bertudung penuh.

Malah Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, menjelaskan dirinya terharu dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban sahaja.


IG Usop

“Sekitar empat bulan lalu saya pernah cakap kepada isteri, jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.

“Saya terharu apabila isteri berusaha ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai… Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya memetik mStar.


Bagaimanapun, Usop tidak menafikan wujud perasaan bimbang sekiranya isteri diuji dalam proses istiqamah.

“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.




“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya yang sentiasa mendoakan agar hati si isteri sentiasa kuat dalam mencari keredhaanNya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu dan mereka bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-8-2022 10:59 AM
alhamdulilah... semoga istiqamah agittewww...
nampak cantik manis je isteri dia bertudung tapi lagi manis kalau ucop pakai purdah... tutup gigi pun cukup lah...
Quote Lavender85 23-8-2022 10:59 AM
alhamdulillah.  semoga berbahagia dan berjodoh hgga ke syurga [em:2:]
Quote DeLuna85 23-8-2022 11:01 AM
Archive je
Quote Kurex 23-8-2022 11:02 AM
Pasal bini bertudong pun boleh masuk gusip. Tapi iols suka betul suara ucop ni..
Quote cattiecute 23-8-2022 11:48 AM
dah pakai tudung ni auto nampak macam kakak dengan adik
Quote Buritan 23-8-2022 11:55 AM
dudaberhias replied at 23-8-2022 10:59 AM
alhamdulilah... semoga istiqamah agittewww...
nampak cantik manis je isteri dia bertudung tapi lagi  ...

Hahaha.. memuji smbil mengeji..
Quote lanse 23-8-2022 11:56 AM
Macam fathia.
Quote aammyy 23-8-2022 12:12 PM
lanse replied at 23-8-2022 11:56 AM
Macam fathia.

Nama pun lebih kurang.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.028945 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top