Eyka Frahana jadi bahan hentaman netizen baru-baru ini selepas didakwa tampil terlampau seksi dalam sebuah video kempen pakaian dalam.
Dalam video tersebut, Eyka dilihat mengenakan sports bra serta seluar dalam berwarna kelabu yang dipadankan dengan seluar dan jaket denim. "My comfort of confidence," tulisnya sebagai kapsyen. Nampak perut dan pusat sambil beraksi manja dan terbaring di sofa.
Di ruangan komen, rata-rata netizen tak senag melihatnya walaupun ada yang memuji tubuh badannya cantik.
Antara komen: "Iklan kelas mat salleh, tapi itulah, modelnya orang Melayu kita. Islam pula tu. "Ini dinamakan ujian kemewahan hidup apabila menjadi 'hot'. Ingatlah wahai kaum hawa, ribuan mata sedang melihat aurat anda. Tak tertanggung jutaan tahun.
"Malu dah hilang mana dik? Kasihan sudah tiada perasaan malu. Klau ada malu tentu tak jadi macam ini. Nanti cari malu balik ya? Simpan dia baik-baik." Bagaimanapun ruangan komen ditutup selepas itu.
Ini bukan kali pertama Eyka menimbulkan kontroversi dan sebelum ini dia pernah memberitahu akan memilih apa sahaya yang ingin dipakai mengikut keselesaan sendiri. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|