CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laungan 'Selamatkan Bossku' Bergema Di Putrajaya

23-8-2022 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3207| Komen: 49

PUTRAJAYA – Laungan ‘Selamatkan Bossku’ terus bergema di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini dengan dilaungkan ratusan penyokong bekas Perdana Menteri sebagai memberi sokongan kepada perbicaraan kes beliau.


Laungan itu terus dilaungkan ratusan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang mula berada di luar Mahkamah Persekutuan sejak pukul 8 pagi tadi.

Difahamkan, terdapat juga sebanyak enam buah bas membawa penyokong Najib dari Pekan, Pahang untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.


Foto: Kosmo

Menurut salah seorang penyokong, Noriah Ibrahim, dia berada di sini sejak awal pagi tadi bersama badan bukan kerajaan (NGO) Laskar Cyber Malaysia bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri.


“Tidak wajar kalau beliau dijatuhi hukuman hari ini. Perundangan perlu adili beliau sebaiknya, berikan peluang buat Najib untuk membela diri.

“Sebagai rakyat, kami tidak mahu bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara menerima nasib tidak baik (dijatuhi hukuman penjara),” katanya kepada Kosmo! tadi.

Terdahulu, Najib tiba di Mahkamah Persekutuan bagi perbicaraan kes ­ penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd. kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut ratusan penyokong beliau di mana Najib sempat keluar daripada kereta untuk melambai tangan kepada penyokongnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-8-2022 11:00 AM
Mesti ada yg bawak bomoh dan mak esah ni - kataku menuduh melulu
Quote ezacbee 23-8-2022 11:07 AM
KamikuP replied at 23-8-2022 11:00 AM
Mesti ada yg bawak bomoh dan mak esah ni - kataku menuduh melulu

Bak kata kawan aku, mesti ada punya tapi tempatan jelah. Tak tau la klo ada import.
Quote supernaturalee 23-8-2022 11:07 AM
hari2 sblm ni terpike jgk
xde ke penyokong heols ala2 reformasi back in 1998

2 hari terakhir baru ade ye
tp so far nmpk x ekstrem mcm dsai pny penyokong

xyah lah kome
buat letih badan je
lbh baik pi ioi shopping2
tak pun naik tangga putrajaya
leh excercise
Quote plywood 23-8-2022 11:09 AM
hebat betullah peperangan di mahkamah ni.. mungkin klau ada kat sana aku join jer... saja nak rasa gema suara depan mahkamah
Quote MelahJanda 23-8-2022 11:11 AM
nak pegi makan kat Padi House la lunch ni karang
Quote cikatilia 23-8-2022 12:21 PM
apa depa dpt ni
Quote cikatilia 23-8-2022 12:21 PM
apa depa dpt ni
Quote white_musk 23-8-2022 12:32 PM
supernaturalee replied at 23-8-2022 11:07 AM
hari2 sblm ni terpike jgk
xde ke penyokong heols ala2 reformasi back in 1998

Penyokong2 re4masi tahun 1998 dulu APA KHABOR?
Quote Firenzza 23-8-2022 12:39 PM
Kt tered sblh ckp 10 bas, kt sini 6 bas. 4 bas lg tu penyokong bunian kot?
Quote matseh 23-8-2022 12:40 PM
supernaturalee replied at 23-8-2022 11:07 AM
hari2 sblm ni terpike jgk
xde ke penyokong heols ala2 reformasi back in 1998

Lps ni, depa pi shopping la. Takkan pi x dapat apa2.
Quote Firenzza 23-8-2022 12:42 PM
cikatilia replied at 23-8-2022 12:21 PM
apa depa dpt ni

Pkl 1 jadual rombongan pg ioi mall kot, pkl 3 lawat klcc suma tanggung free
Quote Nnoor2 23-8-2022 12:43 PM
cikatilia replied at 23-8-2022 12:21 PM
apa depa dpt ni

Depa dibayar RM90 seorang kalau x silap
Quote kaseh80 23-8-2022 12:44 PM
Dptla lain pelikat duit belanja nasi bungkus round round kl
Quote airfilterkotor 23-8-2022 12:44 PM
Nak hantar penyokong jer pun, dah serupa pengundi hantu.
Quote fealefea 23-8-2022 12:44 PM
aduh, sbb ni la jam tadi. wat the heck SILK Highway
Quote supernaturalee 23-8-2022 12:44 PM
white_musk replied at 23-8-2022 12:32 PM
Penyokong2 re4masi tahun 1998 dulu APA KHABOR?

tah lah
yg pasti puteri reformasi dh kawen baru


Quote supernaturalee 23-8-2022 12:48 PM
Firenzza replied at 23-8-2022 12:39 PM
Kt tered sblh ckp 10 bas, kt sini 6 bas. 4 bas lg tu penyokong bunian kot?

penyokong bunian?
ha blh dh lh lucnh terus kt restoran bunian
tp lps ke bas nk masuk situ





Quote BicaraHatiku 23-8-2022 12:57 PM

Quote me12345 23-8-2022 12:57 PM
Berapa penyokong dpt upah kali ni...up la sikit

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.085112 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top