Penyanyi dan pelakon, Zizan Razak yang sudah lebih sedekad bergelar selebriti itu mengakui terbiasa berhadapan dengan pelbagai spekulasi termasuklah gosip cinta.
Anak jati kelahiran Terengganu itu bagaimanapun mendedahkan sehingga kini dia masih belum bertemu wanita yang berjaya menawan hatinya.
Menerusi laporan Getaran, Zizan kini memberikan sepenuh tumpuan pada kerjaya seni serta perniagaannya.
"Saya kalau boleh nak tiba-tiba kahwin dan kita bercinta selepas kahwin. Siapa yang tidak mahu berkahwin, saya pun teringin bila tengok kawan-kawan sudah ada anak dan isteri.
"Selepas banyak spekulasi yang melanda, kini saya lebih tenang. Jika belum ada rezeki jodoh, saya hargai apa yang saya ada," katanya kepada Getaran.
Melihat satu demi satu kenalan selebritinya mendirikan rumah tangga selain ada yang menimang cahaya mata, kata Zizan, dia tidak berkecil hati dan menganggap rezekinya untuk mendirikan rumah tangga masih belum tiba.
Sering dihimpit dengan pertanyaan mengenai wanita yang berjaya mencuri hatinya, Zizan berkata, setiap soalan yang diajukan itu harus dijawab dengan beradab walaupun ia mungkin menyentuh sensitiviti.
"Ada perkara yang kita lakukan sering disalah erti. Kadangkala sesebuah kontroversi dicipta dan direka. Itu semua bukan permintaan saya. Namun, lumrah menjadi artis, inilah oerkara yang perlu saya hadapi.
"Kadangkala, ada artis yang tidak bersetuju jika soalan kontroversi diajukan kepada mereka. Kitalah yang kena tahu cara sebaiknya untuk menjawab soalan itu menggunakan budi bahasa dan adab. Dengan cara ini, masalah besar pun boleh diselesaikan," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
dah kertu dah pun dik oi... sudah2 la memilih jodoh... lagi 2 tahun dah nak jadi keropok losong basi... hidung pun paruh burung kakak tua.. pilih je lah yang sama level... macam burung kakak tua dan burung tiung sesuai bersama agittewww...
jangan lah kau memilih nak burung kasawari ke burung unta atau helang yang terbangnya tak sama tinggi agittewwww...
ALAHHHHHHHHHHHH.....kau pun nak yang mix yang helok je untuk baiki keturunan kannnn...dah usung sana-sini hujung-hujung buat cerita sedih konon kena tinggal....