Membesar dalam keadaan serba kekurangan, usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan kini seorang yang kreatif dan kental dalam mendepani cabaran bergelar ahli perniagaan.
Bermula dengan perniagaan sambal, kini beliau bergelar usahawan kosmetik yang berjaya di Malaysia. Akuinya, komen-komen netizen di media sosial membuatkan kehidupannya dalam dunia perniagaan lebih membina. Menurutnya, tanpa kata-kata negatif daripada netizen, beliau mungkin akan menjadi seorang yang bangga diri sehingga terlupa apa yang sepatutnya dilakukan.
“Perkara ini sebenarnya bagus untuk saya kerana untuk kita berjaya, kita tak semestinya mendengar orang memuji kita. “Kalau tidak ada kecaman, kadang-kadang kita lupa diri dan terlalu membangga diri sehingga terlupa apa yang patut kita buat. “Jadi kecaman yang dikeluarkan netizen memang sangat membantu dalam dunia bisnes. Kalau kita tak berada di tempat yang susah kita rasa perkara negatif, kita mungkin tidak akan berada di tempat kita yang sekarang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan pada program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk Kisah Susah Jadi Senang anjuran Sinar Harian pada Isnin. Ditanya pandangan peribadi mengenai budaya rasuah di negara, Aleeya berkata, amalan menolak budaya tersebut seharusnya bermula dari rumah. Beliau berkata, ibu bapa perlu menitikberatkan perkara yang halal dan haram kepada anak-anak sejak kecil lagi. “Bila anak-anak dah tahu apa yang halal apa yang haram, maka dari awal mereka akan takut untuk terlibat dengan amalan yang tidak sihat ini. “Macam kita buat kempen, kalau kempen tersebut tidak dititikberatkan di rumah, maka susah untuk mendidik mereka (anak-anak) apabila sudah besar kelak. Jadi semuanya perlu bermula dari rumah,” katanya. Sumber: Sinar Harian
|
ayukpingu replied at 23-8-2022 08:54 AM
korang kalau nak kurus, pergi la exercise. jgn jadi pemalas pls...
jangan la beli produk yang bukan2 ...
Zaien replied at 23-8-2022 08:47 AM
terpaling la kan? dia ni yg buat video msak2 kt luar umah tu??
produk ko pun mahal
Cpkay replied at 23-8-2022 10:41 AM
kalau jadi jiran dia mesti berbulu je..
dahlah berbau dengan masakan pastu bising waktu masak mas ...
anony-mous replied at 23-8-2022 07:11 AM
Pelik iols dia ni boleh ramai pentaksub. Pdhal dia yg mulut jahat mengata b40, ujung2 vivik yg naik ...
flipolivio replied at 23-8-2022 01:51 PM
vivy komen xseberapa tu kena kecam hebat.. dia yg komen mengundang,aman2 kumpul pentaksub lepas tu ...
Zaien replied at 23-8-2022 11:03 AM
yes sejnis msak kecoh sekampung gitu.. pnah tgk 1 vdeo msak ngn laki dia kot.. kasar sgt2..
Cpkay replied at 23-8-2022 03:36 PM
dia kata dia kasar sbb orang melaka mmg cakap camtu tapi ada je yg asalmelaka iolss kenal baik lem ...
helicornia replied at 23-8-2022 09:42 AM
Kawin dgn laki kaya noks..bole la sembang.takat kosmetik dia ada ke yg kenal/yg beli?
ADVERTISEMENT