CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MBJB Akan Tegur Premis Komersial Tak Kibar Jalur Gemilang

22-8-2022 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1064| Komen: 3

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menegur dan menggiatkan hebahan kepada pemilik premis swasta yang masih belum mengibarkan Jalur Gemilang supaya melakukannya sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.


Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, pihaknya membuat hebahan tentang perkara itu, namun, sambutan agak dingin.


Gambar hiasan/The Vibes

“Dalam kawasan pentadbiran MBJB, terdapat kira-kira 7,000 premis komersial berdaftar dengan hebahan agar mengibarkan bendera dibuat sebelum ini. Namun, kita dapati masih sedikit yang berbuat demikian.

“Oleh yang demikian, kita (MBJB) akan giatkan hebahan termasuklah dengan menggunakan pelbagai saluran media sosial selain turun ke padang bagi memastikan premis-premis berkenaan mematuhi perkara ini.


“Saya rasa mungkin dalam tempoh beberapa hari ini lebih banyak premis akan mengibarkan bendera. Kita pun masih mempunyai tempoh seminggu sebelum Hari Kemerdekaan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Logo Bahawa JLand Bhd. di Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Ibrahim dan Pengarah Urusan Kumpulan JLand, Datuk Akmal Ahmad.

Mohd. Noorazam berkata, MBJB juga berkongsi panduan berkenaan susunan untuk pemasangan bendera mengikut kesesuaian premis bagi memastikannya dipasang mengikut kebenaran ditetapkan.

“Selain itu, MBJB juga membuat edaran bendera-bendera kepada semua Ahli Majlis mengikut zon masing-masing. Tujuannya adalah untuk bendera tersebut diedarkan kepada penduduk di kawasan terlibat.

“Bagi bangunan milik kerajaan, surat pekeliling untuk pemasangan bendera dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Kawasan protokol di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan seperti jalan raya pula semuanya sudah siap dipasang, itu tiada masalah,” jelasnya.



Dalam pada itu, Mohd. Noorazam turut meminta masyarakat untuk bersama-sama mengibarkanJalur Gemilang di premis masing-masing sebagai menghayati sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini. 


Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 23-8-2022 08:53 AM
rindu zaman dulu, semangat semua orang kibar bendera
Quote selipar_hijau 23-8-2022 09:38 AM
zaman skrg semangat patriotik dah takde sangat. jenuh suruh nak pasang bendera pun
Quote zarulnazmi 23-8-2022 10:02 AM
pasang bendera dah jadi satu paksaan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034561 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top