Pasangan suami isteri digemparkan dengan kucing peliharaan mereka melahirkan anak yang sihat, tetapi berkepala dua.
Anak kucing itu diberi nama Harvey, sempena watak cerita Batman, Harvey Dent yang menjadi dalang penjenayah Two-Face. Menurut laporan Daily Star, pemilik anak kucing dari Arkansas, Amerika Syarikat, Ariel Contreras berkata, dia menyedari kepala tambahan itu semasa kucingnya melahirkan Harvey. Bercakap kepada KYTV: "Saya pergi mencuci pakaian, saya melihat kucing saya mengiau, dan kemudian tiba-tiba anaknya mula keluar, dan saya mula menjerit memanggil suami.
"Ini adalah yang kedua, jadi apabila dia keluar, suami saya beritahu, 'Ia mempunyai dua kepala', dan saya balas, 'tidak mungkin!'." Dilaporkan, kucing yang dilahirkan dengan dua muka berbeza dikenali sebagai kucing Janus. Keadaan ini berpunca daripada induk kucing menghasilkan protein berlebihan dalam kandungannya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT