Anak kedua pelakon cantik Anzalna Nasir yang selamat dilahirkan pada Mei lalu, Mohamad Emirhan Mohamad Hanif kini sudah mencecah usia 3 bulan.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Anzalna memanjatkan rasa syukur apabila putera bongsunya itu kini sudah berusia 3 bulan. Lebih mengujakan apabila Anzalna mendedahkan ibu mentuanya memanggil Emirhan dengan panggilan ‘budak Turki’. Tambah Anzalna, dia juga memberitahu dia dan ibu mentuanya sering menonton drama Turki beratus episod ketika mengandungkan bayi keduanya itu.
Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Hanif Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung Mohamad Eidrees yang kini berusia 2 tahun. Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti memuji kecomelan Emirhan dan ada juga yang mengatakan raut wajah bayi sama seperti bayi Turki. Sumber: Xtra
|
kotakominami replied at 22-8-2022 06:58 PM
I tgok macam anak putin....
kotakominami replied at 22-8-2022 06:58 PM
I tgok macam anak putin....
kotakominami replied at 22-8-2022 06:58 PM
I tgok macam anak putin....
kotakominami replied at 22-8-2022 06:58 PM
I tgok macam anak putin....
ADVERTISEMENT