CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendek Atau Panjang Tak Penting, Janji Berkesan - PM

22-8-2022 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1939| Komen: 11

Jika Pilihan Raya Umum Kali Ke-15 (PRU-15) dibuat pada tahun ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjadi Perdana Menteri paling singkat di Malaysia.

Namun, perkara itu tidak sedikit pun menimbulkan kegusaran kepada Ahli Parlimen Bera ini.

Malah, katanya, tempoh masa pendek atau panjang bukanlah menjadi kayu pengukur sebenar dalam sesebuah pentadbiran.


FB Ismail

“Bagi saya, pendek atau panjang tidak penting. Panjang (pentadbiran) 20 tahun pun kalau tiada manfaat kepada rakyat dan kerajaan pun tiada makna juga.

“Pendek (pentadbiran) tetapi penuh dengan kejayaan lebih baik daripada lama yang tiada kejayaan apa-apa. No point. Jadi saya fikir, ini rezeki dan Tuhan punya kuasa,” katanya ketika sesi wawancara bersama agensi media sempena setahun pentadbiran beliau sebagai perdana Menteri Malaysia ke-9 di Seri Perdana.



Dalam sesi wawancara hampir sejam itu, Ismail Sabri berkata, kuasa mengadap Yang di-Pertuan Agong terletak di tangannya dan banyak perkara harus difikirkan sebelum keputusan pembubaran Parlimen dibuat.

“Kalau lambat (bubar) apa kesannya. Jadi pendek atau panjang itu bagi saya rasa tak menimbulkan apa-apalah.

“Malaysia hari ini berdepan masalah ekonomi yang tidak menentu termasuk kesan akibat perang Rusia-Ukraine,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menjawab mengenai dakwaan tindakan melewatkan pembubaran Parlimen ada kaitan dengan pergolakan dalam UMNO khususnya hubungannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Perkara itu tidak pernah berlaku. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Presiden UMNO.

“Saya kenal presiden dah lama, waktu saya sekolah lagi. Presiden adalah kawan baik saya sejak zaman sekolah lagi.

“Dulu kalau saya ponteng sekolah pun tumpang tidur bilik dia. Jadi saya kenal dia dah lama, kenal keluarganya. Sampai sekarang pun rapat dengan dia, tiada isu.

“Orang luar sahaja yang bercakap soal pecah-belah dalam UMNO ini. Sebab saya berjumpa dengan Top 5 sebulan sekali. Kalau saya ada masa, saya akan pergi ke rumah dia,” katanya.

Jelasnya lagi, tidak timbul isu langsung terhadap dakwaan pecah belah dalam UMNO.



“Top 5 pun kalau mesyuarat pun dalam keadaan yang sangat baik. Jadi kalau ada yang kata saya lengah-lengahkan kes dia, sampai dia kena tak kena, itu kita tak tahu.

“Biarlah mahkamah buat keputusan,” katanya.

Hari ini genap setahun pentadbiran Ismail Sabri selepas mengangkat sumpah pada 21 Ogos tahun lalu selepas mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-8-2022 10:02 PM
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.


Quote Adrif 22-8-2022 10:12 PM
sharlenetexas replied at 22-8-2022 10:02 PM
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.



double meaning sungguh  

innuendos
Quote Nenasketum 22-8-2022 10:28 PM
Berkesan aboh mu, perasan tak abis
Quote renko 22-8-2022 10:44 PM
Kejayaan apa yang dia ckap sekarang ni
Quote Carcosa 23-8-2022 12:21 AM
Haha tajuk pun hamboiiiih. Tak menahan.
Quote sangbara2020 23-8-2022 09:54 AM
aku mikio lain dh..kohkoh...
nasib masih tidak dikotori lagi pemikiran aku yg suci telus melus nih...
Quote xtinkerbellx 23-8-2022 10:38 AM
Kemain tajuk [em:3:]
Quote supernaturalee 23-8-2022 10:48 AM
Panjang (pentadbiran) 20 tahun pun kalau tiada manfaat kepada rakyat dan kerajaan pun tiada makna juga.



hamboiii
kemahen lagi
kejayaan ape je dibwk dlm setahun ni
lantikan duta?

Quote imanjannah 23-8-2022 10:50 AM
tajuk ya.. mengundang
Quote plywood 23-8-2022 10:58 AM
... lama atau tak lama sebenarnya bukan jadi isu. aku setuju sahaja dengan dia, aku rasa dia sepatutnya tak perlulah defensive sangat sampai ada tambahan " 20 tahun kerja kalau tak bermenafaat tak ada guna" .. sebabnya memang keadaan yang menyebabkan dia jadi perdana menteri ni kita semua tahu, dia dah jalankan tanggungjawab tu dah kira ok... cuma dia ni aku asyik teringat  baju-baju mahal dia tu..
Quote ladybugz 23-8-2022 06:31 PM
well down u go. muak la.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.042907 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top