CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaji Hukuman Alternatif Sebab Hukuman Sebat Tak Berperikemanusiaan?

22-8-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1126| Komen: 12

Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji hukuman alternatif bagi menggantikan hukuman sebat yang dilihat terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berpandangan hukuman sebatan sehingga 15 kali dianggap keterlaluan kerana hanya dengan tiga sebatan boleh 'menghancurkan daging' seseorang walaupun ramai tidak bersetuju dengan pandangan itu.


Utusan

"Ini pandangan peribadi saya sebatan ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Saya hilang kata-kata apabila sebut pasal hukuman sebat sampai 15 kali...sebat tiga kali pun dah pengsan. Jadi, saya hendak kaji secara holistik bersama pihak tertentu mengenai hukuman itu.


"Lagipun soal sebatan ini diwarisi daripada pihak kolonial dulu. Kenapa mesti kekal perkara ini? Kenapa orang di Malaysia kena sebat, kenapa di England tidak disebat," katanya ketika ditemui media selepas berucap pada Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan pada Ahad.

Simposium itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena genap setahun menerajui negara.

Wan Junaidi berkata hukuman sebatan itu perlu dikaji semula malah dasar transformasi penjara dan kehakiman perlu melihat semula perkara tersebut di samping melihat hukuman gantian kepada undang-undang mati mandatori.

Justeru, beliau berkata sebuah jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan untuk membuat kajian selain mendapatkan input daripada semua pihak serta pemegang taruh.

Wan Junaidi berkata, menerusi pindaan itu kelak, hakim akan diberi budi bicaranya untuk menetapkan berapa jumlah sebatan yang akan diberikan sesuai dengan kesalahan atau jenayah yang dilakukan.

"Contohnya, kalau seseorang itu latar belakang itu teruk sangat kes dia, contohnya masa dia tahan sebelum bunuh orang itu, dia dera, aniaya dengan kejam sekali, jadi hakim boleh menggunakan budi bicaranya," katanya.

Ditanya hukuman alternatif yang sesuai bagi menggantikan hukuman sebatan, Wan Junaidi berkata beliau berpandangan kaedah sebatan mengikut undang-undang Islam dilihat lebih sesuai.

Beliau berkata kajian hukuman alternatif bagi sebatan dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen pada Oktober depan bersama 11 kesalahan yang dijatuhkan hukuman mati mandatori iaitu sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti syor hukuman gantian bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan lain yang memperuntukkan hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 22-8-2022 06:14 PM
Harap pimpinan PAS boleh bersuara utk ketengahkan kaedah sebatan syariah sbg gantian..... X guna ada dlm kerajaan kalau x amik kesempatan utk untungkan Islam
Quote lattehazelnut 22-8-2022 06:15 PM
Takut le tu kne sebat
Quote Skuau 22-8-2022 06:26 PM
mmmm...semakin ringan plak hukuman..bg jer..la...pesalah tu semua... hukum cuci/bersihkan tandas jer..
Quote kemaruk 22-8-2022 06:30 PM
Kito boleh becky
Quote kotakominami 22-8-2022 07:03 PM
Waktu buat salah tak pk plak sakit...lgpon sebat ni selalu kes rogol kan kenapa nak kurangkan...bg saya kalau kurangkan hukuman ni satu penghinaan kepada mangsa2.....kalau nak kasi berat lagi oklah
Quote orangbiasaje 22-8-2022 08:16 PM
kotakominami: Waktu buat salah tak pk plak s ...


Kalau boleh rasa macam nak suruh yang perogol-perogol ni kena rejam. Extra, biar mangsa yang baling batu, lepaskan semua trauma yang terpendam agar dia boleh teruskan hidup tanpa trauma lagi.
Quote Belibis 22-8-2022 08:26 PM
Kalau anak sendiri kena rogol..agak2 masih rasa kesian ke hukuman sebat??
Quote umbut 22-8-2022 08:30 PM
Sesuailah dgn kekejaman yg dilakukan.. Bukan berderet sebatan pun... Dah baik baru sebat lagi... Lunyai montot
Quote adelea 22-8-2022 08:30 PM
Habistu … kesalahan penjenayah tu berpwrikemanusiaan ke ?
Masal rogol org , membunuh ada dia pk ke ?

Elok je la kekalkan sebat tu …
Org dulu2 ada sebab dia wujudkan hukuman tu … org skrg masuk penjara pon nak manja … ntah apa apa
Quote ultra78 22-8-2022 08:33 PM
Ganti dengan hukuman sebat syariah la
[youtube]G9BQ1lfyb64[/youtube]
Quote faraway1 22-8-2022 09:50 PM
Biar betul, apa jenayah dorang buat sehingga disebat tu lagi kejam..

Quote mamajawie 22-8-2022 10:34 PM
Sokong sangat2..rejam sampai mati pun takpe..puas hati

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.112508 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top