CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kementerian Pertahanan Teliti Permohonan 19 Bekas Tentera Tak Diiktiraf Veteran ATM

22-8-2022 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1296| Komen: 1

Kementerian Pertahanan sedang meneliti 19 permohonan bekas tentera yang diberhentikan kerana salah laku serta tidak diiktiraf sebagai sebagai Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.


Beliau berkata, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan mengumumkan keputusan permohonan berkenaan dalam masa terdekat.


Gambar hiasan/Air Times News Network

"Kes pemberhentian yang dimaksudkan ini melibatkan bekas tentera yang diberhentikan dalam tempoh 10 ke 15 tahun lepas, (dan) tidak berkhidmat semasa zaman kemerdekaan," katanya kepada media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Sarawak pada Ahad.


Jun lepas, Hishammuddin menerusi hantaran di Twitternya memaklumkan sebuah Jawatankuasa Panel Penasihat Pengiktirafan Veteran ATM ditubuhkan bagi mempertimbangkan isu berkenaan.

Permohonan tersebut merupakan antara tuntutan veteran ATM sendiri, memandangkan tentera yang diberhentikan tidak dapat menikmati manfaat serta kemudahan yang disediakan, sekiranya tidak diiktiraf sebagai seorang veteran.

Terdahulu, Ikmal Hisham menganugerahkan PJM kepada 713 Veteran ATM bertempat di sebuah hotel di sini.

Penganugerahan PJM yang dilaksanakan mulai 3 Mac 2004, merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan, dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas komunis.

Ikmal Hisham berkata sehingga hari ini, terdapat 31,221 warga Veteran ATM telah menerima PJM, dan dalam majlis itu menyeru kerjasama syarikat korporat di Sarawak untuk melaksanakan pengambilan pekerja dalam kalangan veteran ATM yang masih produktif, dengan menawarkan skim gaji yang lebih baik.

"Terdapat beberapa contoh yang telah dilaksanakan di Sarawak iaitu terdapat seramai 80 orang veteran yang telah diambil bekerja sebagai Immune Belt Enforcement Team (IBET) dan 40 orang veteran diambil bekerja sebagai pasukan Pengawal Pantai Sarawak," katanya.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 23-8-2022 08:12 AM
...dah ada salah laku, kena berhenti (berhenti ye bukan bersara), lepas tu nak claim macam-macam? masa buat salah laku tak fikir pasal masa depan kan? so? so?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.099537 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top