CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Buat Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Kes Dakwaan Rogol Babit Ronaldo

22-8-2022 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1118| Komen: 0

Wanita yang membuat dakwaan rogol terhadap Cristiano Ronaldo, memohon rayuan dalam keputusan hakim yang menggugurkan kes sivil terhadap bintang Manchester United itu.


Kathryn Mayorga, 37, mendakwa Ronaldo, juga 37, menyerangnya di sebuah suite penthouse di Las Vegas pada 2009.


IG Ronaldo

Pemain bola sepak itu bagimanapun sentiasa menafikan dakwaan tersebut, lapor Daily Star.

Peguam Mayorga kini bersiap sedia untuk berjuang di mahkamah bersama pasukan perundangannya, di San Francisco pada minggu ini.

Kes terhadap Ronaldo pada mulanya ditolak oleh Hakim Daerah AS Jennifer Dorsey pada Jun lalu, yang memutuskan bahawa peguam Mayorga telah menunjukkan 'niat buruk' dan bergantung pada dokumen sulit yang 'disembunyikan'.

Mayorga pernah bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak AS$375,000 (RM1.65 juta), tetapi dia cuba menghidupkan semula kes berkenaan atas alasan dia masih trauma ketika rundingan penyelesaian itu.

Dakwaan rogol itu pertama kali didedahkan kepada umum pada 2017. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.032424 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top