CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bodyguard Saya Ni Ada Pistol... " Aliff Syukri Tayang Bodyguard, Tegaskan Buat Lagu Baru Sekadar Hobi

22-8-2022 04:48 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3502| Komen: 25



Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan.

Permohonan maaf itu ekoran perkongsian video mempromosi lagu terbarunya memaparkan dia sedang ghairah menari bersama Shima yang telah mengundang kecaman ramai.


Terbaru, Aliff menerusi sebuah video memberitahu niatnya ingin mengeluarkan lagu baru bukan untuk mencari gaduh dan menegaskan ianya sekadar hiburan.

"Niat saya nak keluarkan lagu ni bukan nak kecam orang, bukan nak cari gaduh, bukan nak maki hamun orang. Saya hanya nak tunjukkan bakat saya, saya tak rompak duit orang, saya tak curi duit orang."


"Lagu yang saya keluarkan ni memang lebih panas, lebih sensasi...bukan keluar tv pun. Keluar Youtube je. Sekadar hiburan. Jadi kalau anda kata saya perosak industri ke, wake up" tegasnya.

Loading FB Post...

"Bodyguard saya ni ada pistol, kalau korang kacau-kacau hidup saya, korang tuduh saya bukan-bukan.. bodyguard saya buat apa?"

"Tembak korang...Peciuww Peciuww. korang jangan macam-macam " jawab bodyguard yang berada di belakangnya, berseloroh.

Tambah Aliff lagi, lagu yang dibuat olehnya khas untuk peminat setianya dan bukan untuk yang suka mengecam.

"Saya buat lagu ni untuk peminat setia saya bukan untuk yang mengecam saya. Ini lagu saya, ini hak saya" katanya. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 22-8-2022 04:56 PM
mental...
Quote rastaf 22-8-2022 04:57 PM

pistol apa bunyi macam tu...muka pun tak ganas langsung
Quote kucingitam 22-8-2022 05:13 PM
kisah plak aku bodyguard kau ada pistol ke tak..
Quote ezacbee 22-8-2022 05:16 PM
Tak tau apa dalam kepala hotak dia ni?
Quote liyamariska 22-8-2022 05:20 PM
Makin sewel sibelut nih...
Quote sukacactus 22-8-2022 05:27 PM
Ni boleh dikira mengancam x ni?
Bengong mcm ni pun ada yg minat, huh!
Quote kaseh80 22-8-2022 05:37 PM
Sah dia ni dah merengggggggggggggggggggggg
Quote _blackbird 22-8-2022 06:22 PM
tapi sebenarnya betul la apa dia ckp tu, asal ada duit mmg boleh je dia buat lagu, walaupon suara sumbang & syok sendiri. bg meol heshe quite genius market kan lagu2 heshe semua trending kat youtube walaupon di kecam. kat sini kan yg nampak bodoh netijen, btw trending kat streaming service ni tak kisah la trending sebab di kecam atau di puja tetap la trending, itu yg dimahukan content creator, diorg dulik hapa kena kecam, mmg content creator ni semua jenis muka tebal, asal masyuk apa nak heran. meol harap mentaliti nejiten ni berubah la, benci2 tapi korg juga kasi dia trending & masyuk
Quote eyansss 22-8-2022 07:15 PM
sukacactus replied at 22-8-2022 05:27 PM
Ni boleh dikira mengancam x ni?
Bengong mcm ni pun ada yg minat, huh!

yup...  mengancam publicly...  mereng dah dia ni...
Quote slyfynx 22-8-2022 08:58 PM
Ale uto ape bukak thread byk2 untuk mende same je ni?
Mentang2 wartawan cari momod x leh katup
Semua buat keje makan gaji buta.
Quote Adrif 22-8-2022 10:18 PM
"Bodyguard saya ni ada pistol, kalau korang kacau-kacau hidup saya, korang tuduh saya bukan-bukan.. bodyguard saya buat apa?"

"Tembak korang...Peciuww Peciuww. korang jangan macam-macam " jawab bodyguard yang berada di belakangnya, berseloroh.


halu pulis, tengok ini orang, dia ugut orang ramai dalam internet. bodyguard dia ada pistol boleh tembak orang yang kutuk dia. tolong pulis, dia menggugat kesejahteraan awam. saya rasa nyawa saya terancam dan hidup saya tidak selamat. tulun tulun
Quote wnwa05 23-8-2022 12:10 AM
Orang tak marah ko buat lagu tapi orang marah ko joget ngn shima tu..adoii..pastu video macam melancap..dia ni tak sedar ke apa
Quote awenda507 23-8-2022 12:15 AM
Aku paling kesian kat anak2 dia la dpt bapak mcm ni
Quote Carcosa 23-8-2022 12:25 AM
Pondan gila
Quote chep 23-8-2022 06:17 AM
BUAT LAGI, MINTA MAAF LEPAS TU BUAT LAGIIII
Quote noell 23-8-2022 07:39 AM
semua jantan ada pistol bukan bodigad dia saja sajat pun ada pistol tp dh buang ehhh
Quote makton 23-8-2022 07:49 AM
aku tak boleh nak kesian kat mak & bini dia. tp aku kesian kat anak2 dia.
Quote adra5028 23-8-2022 07:54 AM
bukan kata bye bye media sosial ke haritu
so sial sgt pangai
Quote buragazz 23-8-2022 08:27 AM
kucingitam replied at 22-8-2022 05:13 PM
kisah plak aku bodyguard kau ada pistol ke tak..

Kan.. apa dia ingat ada pistul tu leh temak sesuker hati ker.. pendek akal punya sotong...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042803 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top