CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gajah Bunuh, Pijak Mayat Dan Robek Badan Penjaga Sampai Mati Sebab Penat Dikerah Bekerja

22-8-2022 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2373| Komen: 12

Bangkok: Seekor gajah 'naik minyak' dan menyerang penjaganya kerana dikatakan dikerah bekerja dengan teruk dalam kejadian di ladang getah di wilayah Phang Nga, Thailand, Rabu lalu.


Menurut portal Thaiger, penjaga haiwan itu meninggal dunia dengan mayatnya dipijak dan dan ditusuk dengan gading.

Polis tempatan dari Balai Polis Takua Thung dimaklumkan mengenai kematian penjaga itu pada 11.30 pagi.


Foto: Agensi

Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis dimaklumkan gajah jantan bernama Pom Pam, berusia 20 tahun merobek tubuh Supachai Wongfaed, 32.


Mayat Wongfaed ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan Pom Pam berdiri di atasnya, menurut NextShark.

Polis tempatan berkata kepada The Thaiger, gajah itu menikam penjaganya menggunakan gading beberapa kali sebelum merobek tubuhnya kepada separuh.

Siasatan awal polis mendedahkan bahawa Pom Pam 'dipaksa' Wongfaed untuk mengangkut kayu getah di ladang, pada pagi kejadian.

Polis juga berkata, cuaca panas mungkin menyebabkan gajah itu 'gila' sehingga menyerang penjaganya.

Pegawai Ternakan Wilayah Phang Nga kemudiannya dipanggil ke tempat kejadian untuk menenangkan Pom Pam bagi membolehkan petugas perubatan mengangkat mayat Wongfaed.

Populasi gajah domestik negara itu dianggarkan berjumlah 3,800 ekor dengan lebih 2,700 ekor digunakan dalam industri pelancongan sebelum 2020.

Walaupun dianggap haiwan jinak, gajah juga boleh mendatangkan bahaya kepada manusia apabila tertekan, ada provokasi atau berasa terancam.

Pada Julai lalu, seekor gajah di Thailand juga menyerang pemiliknya selepas dipaksa mendaki bukit untuk bekerja, lapor Thaiger. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 22-8-2022 03:41 PM
Gajah pun reti stress kena keje teruk2
Quote cattiecute 22-8-2022 03:58 PM
gajah pun cerdik takmau kena paksa kerja lebih2.
semoga gajah tu baik2 je tak dimatikan sudah.
tak sangka siam ada buat gajah macam ni kan katanya gajah suci. huhu
Quote sangbara2020 22-8-2022 04:24 PM
xsetimpal dgn apa yg gajah ni dpt tu yg ngamuk...harap kerajaan malaysia ambil maklum..
Quote rosedemon 22-8-2022 05:07 PM
gajah pun ada perasaan
Quote syamzana 22-8-2022 05:25 PM
padan muka, binatang pun tau terseksa dikerah kerja teruk2.
Quote seri_mawr 22-8-2022 05:44 PM
seram betul...
aku klu bawak anak tgk show gajah pun x berani duk depan2 ...riso tetiba dia hilang kawalan...
Quote tripleid 22-8-2022 06:24 PM
Cashh la sbb aniaya binatang..ko ingat gajah tu robot ke x penat buat kerja berat!??
Quote Adrif 22-8-2022 10:21 PM
seri_mawr replied at 22-8-2022 05:44 PM
seram betul...
aku klu bawak anak tgk show gajah pun x berani duk depan2 ...riso tetiba dia hilang k ...

tu la. aku dah tua ni pun takut dengan gajah bila tau perangai diorang camane.

tapi masa kecik, aku naik gajah jugak. duduk atas kepala. bila ingat balik, waktu budak2 dulu, eii seramnye
Quote KIM.K 22-8-2022 10:28 PM
Gajah kuat ingatan berpuluh tahun masih cam muka orang. Kampung aku dulu2 ada sorang poacher yang biasa buru gading gajah. Mati kena serang gajah yg balas dendam
Quote hashashes 22-8-2022 10:36 PM
Kalau pergi cuti kat sana tak pernah teringin nak naik Gajah. Lepas tengok documentary camne diorang train gajah tu untuk tourism mesti korang pun sedih. Berdarah2 tau diorang guna benda macam sabit tu libas2 kat kepala gajah tu. Pastu lepas2 beranak je anak gajah kena pisah ngan mak dia untuk jadi independent so jangan lah support benda2 camtu. Even Sarkis pun takyah g tengok lah, semua dok exploit animals yang tak berdosa
Quote clarizsa 22-8-2022 10:38 PM
Tu bukan penjaga tapi pendera
Eloklah kena camtu dgn gajah yg teraniaya tu
Manusia2 cilaka di zaman moden nak jimat punya pasal xmau guna jentera moden tapi dok buli dera gajah pulak utk buat keja berat
Quote clarizsa 22-8-2022 10:41 PM
Gajah mmg pemarah atau kuat merajuk sbnarnya
Pernah anak i dah abis hirisan tebu yg kami beli utk bg kat gajah tu pastu anak i main2 sua tgn kosong ada la dalam 3 kali gajah tu kena prank pastu last tu dia hayun belalai sikit lagi nk kena muka anak i haaa tu la nakal sgt prank gajah tu kan dh kena marah

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.042008 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top