CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Reza Dituduh Jadi Punca Penceraian Pelakon

22-8-2022 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10064| Komen: 67

"Saya tahu orang kaitkan nama saya, tapi seperti yang saya cakap tak ada apa-apa berlaku. Saya tak pasti kenapa orang bangkitkan semula perkara ini ia dah lama. Tak ada isu pun."


Demikian kata pelakon Ali Reza sekali gus menafikan dirinya sebagai orang ketiga hingga menjadi punca perceraian pelakon wanita dengan suaminya.

Foto: IG

Ali Reza, 25, atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoossi berkata, dia dengan pelakon itu tidak menjalin sebarang hubungan selain rakan sekerja.

"Saya ada dengar gosip itu, tapi dah lama. Rasanya dalam dua tahun lepas. Kita bekerja dan tak ada apa-apa hubungan selain rakan sekerja. 




"Bila dengar gosip itu saya rasa terkejut. Tetapi, saya tahu diri saya dan tak perlu risau sebab saya tak buat apa-apa pun. 

"Perkara seperti gosip dan kontroversi ini sentiasa akan ada. Ia mengenai bagaimana kita mengatasi situasi itu. Kalau tahu ia salah maka kena buat perkara yang betul. Macam saya cakap, tak ada apa yang berlaku dan saya tak risau," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ali Reza yang juga pelakon drama Do You Love Me Captain? ditemui pada acara pertunjukan fesyen jenama Neonate sempena KL Fashion Week 2022, di sini, semalam.



Menurut Ali Reza, dia juga tidak pasti sama ada isu dibangkitkan itu sengaja mahu menjejaskan nama dan kerjayanya.

"Saya tak pasti mengenai isu sabotaj. Saya pun sekarang ini tengah bekerja jadi tak terlalu fokus sangat dengan isu lama yang saya pernah terbabit. Tak ada apa antara kami dan itu atas urusan kerja saja. Jadi, pada masa hadapan saya akan lebih berhati-hati. 

"Bila saya terlalu fikir banyak sangat mengenai perkara itu, saya akan kusut dan tak boleh fokus dengan kerja. Pada saya, saya rasa tak buat perkara yang salah dan tak ada sebab untuk rasa risau. Saya hanya perlu terus bekerja. Itu saja," katanya.



Ditanya andai jodoh dengan wanita berusia atau berstatus janda, Ali Reza menyerahkan perkara itu pada ketentuan Allah.

"Jodoh itu di tangan Tuhan. Saya berkawan dengan semua orang. Tak kisah tua atau muda. Saya dah kenal ramai orang dan berkawan dengan semua orang, jadi siapa tahu. Sekarang ini saya sentiasa 'single'. Sekarang ini tidak ada siapa-siapa. 



"Berkenaan status dan umur jodoh macam saya katakan tadi, jodoh di tangan Tuhan. Saya pun tak boleh nak cakap. Asalkan bukan lelaki," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 22-8-2022 03:38 PM
Whoareyouss? Iraniankah? Pendatang asing dah maju zaman now. Dolu keje buruh sajork, now dah pandai pilih nak jadi pelakon.
Quote pocongkiutss 22-8-2022 03:41 PM
Pencaras lelaki

Tapi..sama juga la mcm pencaras pompuan..kalau bini org tu x melayan..tak jadi juga kan
Quote BoongaKertas 22-8-2022 03:44 PM
dlm drama captain tu, heols helok lah gak. sdp mata memandang.
Quote kwekkwek 22-8-2022 03:46 PM
saper yg bercerai ni
Quote kakakspek 22-8-2022 03:49 PM
jd model je tak payah berlakon lemau je sis tgk
Quote irvene 22-8-2022 03:54 PM
siapakah pelakon wanita tersebut? tak tgk cite ni
Quote Geeayden 22-8-2022 04:00 PM
kwekkwek replied at 22-8-2022 03:46 PM
saper yg bercerai ni

Gossip lama ni rasanya, Nadia Brain(betul ke ejaannya)  Kalau x silaplah
Quote chandrahusin 22-8-2022 04:00 PM
Nak ckp
Kat ofis aku ada Ali Imran
Lagi helokk dr Ali Reza ni
Quote miemiecha 22-8-2022 04:01 PM
1- sapekahhhhh
2- bercerai tu sapekahhhh
3- xtau nk tanya apedah
Quote pocongkiutss 22-8-2022 04:01 PM
Geeayden replied at 22-8-2022 04:00 PM
Gossip lama ni rasanya, Nadia Brain(betul ke ejaannya)  Kalau x silaplah

aik..bukan ke nadia brian tu kes ngan aidit noh?
Quote pocongkiutss 22-8-2022 04:02 PM
BoongaKertas replied at 22-8-2022 03:44 PM
dlm drama captain tu, heols helok lah gak. sdp mata memandang.

Tapi level kayu dia lagi parah berbanding Fattah Amin dulu2
Quote Kancilkering 22-8-2022 04:03 PM
macam
laki hajjah pula dia nih haahahahhhaa
Quote KelisaSilver 22-8-2022 04:05 PM
dia ni siapa? nape sis tak kenal dia? adoi2 sis ni baru kuar dari gua ke cemana eh!
Quote makadek 22-8-2022 04:06 PM
Herlok gakla tp kayuss
Quote LadyCarefree 22-8-2022 04:08 PM
AnnaSendin replied at 22-8-2022 02:38 PM
Whoareyouss? Iraniankah? Pendatang asing dah maju zaman now. Dolu keje buruh sajork, now dah pandai  ...

Ramai. Termasuk si dalar ucop. Yg bijak sikit akan kahwin org msia.
Quote Geeayden 22-8-2022 04:27 PM
pocongkiutss replied at 22-8-2022 04:01 PM
aik..bukan ke nadia brian tu kes ngan aidit noh?

Mungkin sis silap
Quote Lavender_Violet 22-8-2022 04:30 PM
Herlokssssnya heols nih
I loikeeeee
Quote aemon 22-8-2022 04:32 PM
Geeayden replied at 22-8-2022 04:00 PM
Gossip lama ni rasanya, Nadia Brain(betul ke ejaannya)  Kalau x silaplah

Si sundel ni lagi.bosan dgn cite menyeksi..dgn buat hal dgn pasangan
Quote SherryZass 22-8-2022 05:02 PM
Kau siapa dan siapa pulak artis yg dah bercerai tu?

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061705 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top