CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

28 Cedera Kesan Domino, BTS Tutup Sementara Eskalator

22-8-2022 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1972| Komen: 11

28 cedera ringan selepas pengguna berebut untuk menaiki eskalator di stesen Skytrain Surasak di daerah Bang Rak, Bangkok.

Dalam satu kenyataan semalam, pengendali skytrain Bangkok Transit System (BTS) berkata, kejadian pada 6.38 petang (waktu tempatan), Sabtu dan menafikan laporan berita insiden itu berpunca daripada kerosakan eskalator.


Paramaedik membantu mangsa di lokasi.
Foto: Agensi

BTS menutup sementara eskalator berkenaan untuk pemeriksaan dan akan memastikan mereka yang cedera diberikan rawatan yang sewajarnya, menurut kenyataan itu.


Sementara itu, Timbalan Inspektor di Balai Polis Yannawa, Leftenan Kolonel Somyot Bunnakaew berkata, kejadian berkenaan berlaku apabila sekumpulan pengguna komuter yang baru selesai menghadiri konsert meraikan ulang tahun ke-170 Kolej Kristian Bangkok, berebut menaiki eskalator berikutan hujan lebat.

"Dipercayai seseorang pengguna yang berada di bahagian atas eskalator terjatuh dan mencetuskan kesan "domino" yang menyebabkan pengguna lain turut terjatuh," katanya.

Sukarelawan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera - dua lelaki dan 26 wanita dihantar ke hospital berdekatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 22-8-2022 02:49 PM
Domino tu apa.
Quote sharlenetexas 22-8-2022 02:51 PM
CariMalay replied at 22-8-2022 02:49 PM
Domino tu apa.

Snowball effect kot.

Quote Decaffeinated 22-8-2022 09:03 PM
Baca tajuk pehal pulak Bandar Tasik Selatan tutup escalator

BTS senyum sinis


Quote Adrif 22-8-2022 11:06 PM

tolak satu, yang lain jatuh.

kesan berantai.

[youtube]QO3do77Y9cY[/youtube]
Quote Carcosa 23-8-2022 12:32 AM
Aku mati2 ingatkan BTS Kpop tu
Salah konsep daaa
Quote TabletSusu 23-8-2022 12:46 AM
Decaffeinated replied at 22-8-2022 01:03 PM
Baca tajuk pehal pulak Bandar Tasik Selatan tutup escalator

BTS senyum sinis

aku fikir dua pulak tu.. Bandar Tasik Selatan.. Behind The Scene. dua2 mcm x kena je
Quote sangbara2020 23-8-2022 09:49 AM
aku ingatkan BTS kumpulan kpop tu..skli sebab eckeletor sahaja...mmm...
nasib la ada video domino buat aku terkesima kjp...terhibur la sikit bukak tered nih
Quote Artemesiaa 23-8-2022 11:14 AM
Sebab tu seram bila ramai bersesak2 nak naik tangga berjalan macam tu satu jatuh yang lain terpalit sama.
Quote _blackbird 23-8-2022 11:20 AM
bermacam2 bermain difikiran ku selepas membaca tajuk
Quote CariMalay 23-8-2022 01:35 PM
Adrif replied at 22-8-2022 11:06 PM
tolak satu, yang lain jatuh.

kesan berantai.

Oo ok tq   

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.045143 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top