CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fenomena Imej Hantu, Netizen Bingung Imej Kapal Terbang Muncul Di Hutan Hujan Australia

22-8-2022 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3217| Komen: 16

Para pengguna media sosial kebingungan apabila satu imej kapal terbang bersaiz besar ditemui berada di hutan hujan negeri Queensland, Australia baru-baru ini.

Imej itu ditemui berdasarkan Google Maps atau Peta Google yang menunjukkan sama ada pesawat tersebut berada di Banjaran Cardwell atau terbang rendah di kawasan itu.


Google Maps

Ia kelihatan seperti pesawat Airbus A320 atau Boeing 737.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu Cairns Post ia tidak mengetahui sebarang pesawat penumpang yang hilang di ruang udara negara itu.


"Nampaknya, terdapat satu fenomena yang dipanggil imej hantu dan itu mungkin perkara ini," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Google kemudiannya mengumumkan ia adalah imej 'hantu' dan ia terbentuk dengan gabungan beberapa imej.

Ia juga kemungkinan imej sekunder yang dihasilkan sistem optik.


Google Maps

Imej hantu itu sebelum ini pernah muncul apabila terdapat sebuah pulau misteri di Australia wujud dalam Google Maps.

Beberapa orang awam maut dalam serangan hotel di Mogadishu
Pulau itu dipercayai sepanjang 24 kilometer (km) dan lebar 5 km tetap sebenarnya ia tidak wujud.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ElmoRed 22-8-2022 02:28 PM
apa maksud 'imej hantu'?
Quote esbok 22-8-2022 02:48 PM
entah2 memang betul, tapi bagitau je lah glitched, abih cerita
Quote sharlenetexas 22-8-2022 02:50 PM
Ghost image?

Quote KamikuP 22-8-2022 02:52 PM
Kenapa ada Mogadishu dalam ini cerita?
Quote jalfa 22-8-2022 02:52 PM
Imej hantu terang benderang jelas sebegitu..yihhh sgt penjelasan
Quote rashiman 22-8-2022 02:54 PM
adakah MH370
Quote Mulotkoyak 22-8-2022 03:33 PM
Adakah itu MITOS semata atau MH370
Quote supernaturalee 22-8-2022 03:59 PM
gigih gugel maps banjaran cardwell
penuh hutan simpan jek

korang ade nmpk x hantu kapal terbang tu
Quote plywood 22-8-2022 04:04 PM
ElmoRed replied at 22-8-2022 02:28 PM
apa maksud 'imej hantu'?

proses buat google map ini perlu mengambil gambar yang sangat banyak.. ianya perlu dicantumkan oleh aplikasi sehingga kelihatan spt satu peta yang besar. .. kadang berlaku kesilapan ada gambar lain ikut sama tercantum tetapi tak sepatutnya ada disitu... contohnya mungkin seperti diatas...

Quote matamata 22-8-2022 04:06 PM
hukalloh.... Mat saleh pprt b40
Quote sangbara2020 22-8-2022 04:17 PM
semua benda nk kepo...antu je kot
Quote loyangjohor 22-8-2022 04:34 PM
Edited by loyangjohor at 22-8-2022 04:37 PM

Dekat Ulum Yam pun ada
Hulu Yam
Selangor
3.364611, 101.687846

Quote Skuau 22-8-2022 04:56 PM
KamikuP replied at 22-8-2022 02:52 PM
Kenapa ada Mogadishu dalam ini cerita?

"apa??? wa tada kena mengena dgn cherita 'hantu' ini"-mogadishu
Quote kemaruk 22-8-2022 05:53 PM
Bukan dah ada ke berita ni

Itu restoran kan
Quote sekngucing 22-8-2022 07:02 PM
mogadishu?
Quote lolipopi 23-8-2022 01:58 AM
Halusinasi dari citer Lost ke ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052572 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top