CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura Halalkan Hubungan Seksual Sesama Lelaki

22-8-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2945| Komen: 29

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan bahawa negara itu akan memansuhkan undang-undang era penjajah, Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura yang bakal menyaksikan hubungan seks sesama lelaki dibenarkan di negara itu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.


Hsien Loong berkata, perkahwinan sesama jenis bagaimanapun kekal diharamkan di republik itu.


 Lee Hsien Loong , Foto:UPI

“Hubungan seks secara rela antara lelaki tidak seharusnya dianggap sebagai jenayah. Tiada alasan untuk mendakwa individu yang melakukannya atau menjadikannya satu jenayah.

“Saya percaya (pemansuhan) ini adalah perkara yang sepatutnya dilakukan dan sesuatu yang akan diterima sebahagian besar rakyat Singapura.

“Ini akan membawa undang-undang tersebut selaras dengan adat sosial semasa dan saya berharap ia dapat memberikan sedikit kelegaan kepada golongan gay di negara ini,” katanya dalam ucapan dasar tahunan, Perhimpunan Hari Kebangsaan yang disiarkan di televisyen tempatan.

Sementara itu, Hsien Loong berkata, pemerintah tidak akan mengubah definisi undang-undang negara bagi perkahwinan iaitu antara lelaki dan perempuan, justeru, ia akan diperketatkan bagi melindungi maksud tersebut.

“Kami akan melindungi definisi perkahwinan seperti yang termaktub dalam Akta Tafsiran dan Piagam Wanita daripada dicabar secara Perlembagaan di mahkamah. Kami perlu meminda Perlembagaan untuk melindunginya dan akan bertindak demikian,” kata Hsien Loong menerusi akaun Twitter rasminya.

Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura diisytiharkan pada 1938 oleh kerajaan kolonial British apabila Singapura menjadi tanah jajahannya.

Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun bagi pelaku hubungan seksual sesama jenis meskipun secara rela, antara orang dewasa dan dilakukan secara tertutup. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikilalapooh 22-8-2022 02:24 PM
laugh in monkeypox
Quote Sazreena 22-8-2022 02:32 PM
GAY semakin berGAYa nampaknya.
Quote sharlenetexas 22-8-2022 02:48 PM
Happy bersemb*r*t


Quote jalfa 22-8-2022 02:50 PM
Bolehle gayah reramai mintak pr singapore
Quote 3480 22-8-2022 02:53 PM
Senang la gay Malaysia pasni.. p singapo je.. dekat
Quote rashiman 22-8-2022 02:54 PM
Rosak Singapura
Quote Nenasketum 22-8-2022 04:12 PM
Anak sedara sendiri yang pangkal nama Lee pun dah kawen dengan lelaki kemetot yang hudoh. So boleh lah balik SG nephew yang ittew
Quote rosedemon 22-8-2022 05:00 PM
kaum pelangi tu boleh dah beransur g singapor
Quote syaz_lina 22-8-2022 05:03 PM
amboi atuk sien loong sokong gay..siap legalize ni
Quote bakingsoda 22-8-2022 05:15 PM
kebulur nyetpox gamaknya
Quote nolya 22-8-2022 05:19 PM



Apa pulak S'porenya yg rusak. Tetap je S'pore gah dgn kota dn ekonominya.  Yg rusak tu manusianya dn orang2 yg numpang syurga-neraka yg ada di sana.  Gitu kan?
Quote rashiman 22-8-2022 05:21 PM
nolya replied at 22-8-2022 05:19 PM
Apa pulak S'porenya yg rusak. Tetap je S'pore gah dgn kota dn ekonominya.  Yg rusak tu manusiany ...

Rosak Rakyat Singapura
Quote stingerbumpy 22-8-2022 05:23 PM
Let's listen in....

The overview of the isu dari sudut perundangan dan probable risks of  contestations...in the future

[youtube]vSg0poj9ABk[/youtube]

Yg agak agak lembab otak....may choose to duduk tepi dulu...
Quote nolya 22-8-2022 05:30 PM

Kalau kenyataan begini baru betul, orangnya yg rosak. Pun begitu, golongan gay M'sia mesti happy, ada kesempatan luas berenjoy2 di sana tanpa takut ditangkap oleh pihak penguasa.  Cuma satu je, jgn sampai ada yg tertangkap kamera, naas nantinya.
Quote pinggan 22-8-2022 05:36 PM
Mmm....
Consensual sex between males : OK
Gay marriage : No

LGBT people : mm.. better than nothing meh?
Quote stingerbumpy 22-8-2022 05:55 PM
Masya Allah......kebebasan beragama dalam negara sekular...dgn kepimpinan dan ketua agama dari kalangan  intelectual yg tinggi..[youtube]GnRIk8CtjMk[/youtube]


Dimanakeww letaknya kedudukheun kita sendiri sebagai sebuah negara islam dimata dunia utk kita jadikheun teladan yg baik pada agama kita iteww sendiri before anything else...


Quote FOTHER-MUCKER 22-8-2022 06:49 PM
Baguslah kerana ianya bukan satu jenayah.
Quote stania83 22-8-2022 06:57 PM
perg progresive betul singapore..tapi kenapa singapore banyak hantu/ dengar youtube kc hantu di mana mana..plus melayu depa suka main bomoh bomoh despite negara maju.
Quote star_karat 22-8-2022 07:05 PM
Game Dajjal. Mula2 halal kan hubungan. Kita tunggu lagi 10 tahun. Mesti dah boleh kawin. US, Europe kan mcm ni dulu. Terus Rainbow Rising worldwide. Hujung2 Covid masuk mencelah. Kita tunggu tengok mala petaka jenis apa yang datang. Jeng jeng....

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.121227 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top