CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izara Aishah Semakin Cerewet Selepas Bertudung- Tak Berkenan Dengan Drama, Nak Berlakon Filem Je

22-8-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7660| Komen: 79

Keperibadian diri pelakon, Izara Aishah, 29, sekarang amat mengagumkan dan matang.

Dari penampilan imejnya dan tutur kata ketika berbual amat sopan dan menjaga batas. Malah, setiap jawapannya juga jelas serta tersusun rapi.


Foto: IG

Berbual dengan ibu seorang anak perempuan, Irisa Alaia yang berusia dua tahun ini, Izara berkata, dia sekarang lebih selesa bekerja dari rumah.

Katanya, ia memudahkan dia bekerja sambil menjaga anaknya sendiri kerana tidak menggunakan khidmat pembantu rumah.



Menurut pelakon filem KL Zombi, Sinaran dan J Revolusi ini, sejak bergelar ibu pada 2020, dia mengutamakan urusan penjagaan anaknya dulu berbanding karier. Jadi, kini dia sudah jarang berlakon dan lebih menumpukan kepada perniagaan.

"Walaupun sekarang saya boleh dikatakan suri rumah, tapi kerja tetap kerja. Cuma, urusan perniagaan banyak saya uruskan dari rumah saja kerana lebih mudah. Ia juga menenangkan kerana anak sentiasa ada depan mata.

"Saya suka uruskan anak sendiri kerana lebih rapat dengannya. Lagipun sebab sudah terbiasa juga, saya hanya tinggalkan anak sekali-sekala dengan ibu saya jika memerlukan bekerja di luar seperti terbabit sesi fotografi dan iklan produk," katanya.



Ditanya juga mengenai kerjaya lakonannya, Izara yang aktif berlakon sejak berusia 17 tahun berkata, untuk lakonan sekarang, dia mahu memberi fokus kepada tawaran berlakon filem saja berbanding drama.

"Untuk karier lakonan sekarang, saya memang tak buat sebab memilih sangat. Tawaran berlakon sentiasa ada, tapi saya yang memilih. Kalau saya tak berkenan dengan jalan cerita, memang saya tak ambil. Sebab itu saya katakan fokus kepada filem saja. Kalau drama, saya lagi betul-betul memilih. Jadi, sebab itu juga, saya belum berkenan dengan apa-apa jalan cerita lagi (drama) buat masa sekarang.



"Saya cerewet memilih pun memang sebab watak. Lagi-lagi dengan penampilan saya sekarang ini, memang saya begitu teliti. Terutama babak dalam bilik, tak logik kalau kita asyik pakai tudung. Jadi, saya nak babak yang realistik," katanya pada sesi fotografi sebagai duta produk Mamadil.

Izara juga menyifatkan penonton sekarang sudah pandai dan setiap babak yang dilakonkan itu perlu sesuai dengan jalan cerita.



"Sebagai pelakon, kita kena betul-betul teliti antara realiti hidup dan drama itu perlu ada persamaan. Sekarang kita dah tak boleh terlalu berfantasi sebab penonton dah sangat bijak," katanya.

Izara berkata, dia cerewet memilih watak dan jalan cerita drama yang hendak dibintanginya sejak dulu.



Katanya, sekarang dia jadi makin cerewet apabila bertudung. Dia juga tegas dalam membuat pemilihan watak kerana sudah ada anak.

"Sekarang saya tak boleh nak beri komitmen kerja di lokasi penggambaran sampai tengah malam. Saya ada tempoh waktu bekerja tertentu dan kena balik ke rumah ikut masa ditetapkan iaitu sebelum jam 12 malam.

"Walaupun kebanyakan produksi yang nak berurusan dengan saya tiada masalah mengikut semua syarat ditetapkan, tapi saya yang tak dapat terima tawaran lakonan daripada mereka hanya disebabkan watak tidak sesuai.

"Saya ini serius apabila berlakon. Saya tak main-main. Apatah lagi, guru lakonan saya adalah kak Ellie Suriaty, jadi pembabitan kami dalam lakonan ini disebabkan betul-betul minat dan bukan sekadar suka-suka dan kejar popular," katanya.


Baru setahun memakai tudung, Izara berkata, dia rasa lebih okey sekarang sebab dah tak terkait lagi dengan gosip berkaitan pakaian.

Katanya, kalau dulu sebelum bertudung, dia mengaku selalu terpalit dengan gosip berimej seksi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 22-8-2022 11:50 AM
Bersara je lah. Berlakon pun tak best.
Quote imanamsyar 22-8-2022 12:17 PM
alah..duit banyak..xkeje pun xpe..
Quote epullipan 22-8-2022 12:22 PM
tenang tenang je kat umah..laki ko pon kaya, family mertua ko pon kaya..rilek rilek sudah
Quote miemiecha 22-8-2022 12:24 PM
mek baca komen je, nk komen lelebih kat atas dah suarakan hasrat hati mek
Quote dudaberhias 22-8-2022 12:26 PM
bersara je lah nyah... marketkan anak tu pulak macam retis lain buat... comel betul anak sheols
Quote Lavender_Violet 22-8-2022 12:28 PM
imanamsyar replied at 22-8-2022 12:17 PM
alah..duit banyak..xkeje pun xpe..

Ye ke ada duit banyak?
Laki sheols keje apa jah
Quote Lavender_Violet 22-8-2022 12:28 PM
Ada ke sheols ni berlakon drama? Rasa all these time mmg berlakon pilem je banyak kan
Quote epal_putih 22-8-2022 12:29 PM
missbigrockstar replied at 22-8-2022 11:50 AM
Bersara je lah. Berlakon pun tak best.

Kan.
X best pon... setakat buleh jer...
Quote Whitney72 22-8-2022 12:33 PM
Ooo..lps usrah trus mendonia ke KLFW ya....insap lar sgt ya...propa ja
Quote DragonSari 22-8-2022 12:34 PM
Lbh baik aku x menaip komen
Quote makcun14 22-8-2022 12:36 PM
Mak sheols lebih berharta dari laki sheols.
Setakat harap mak iti hampeh la
Quote mizruncing 22-8-2022 12:36 PM
elok laa bersara terus dari jd artis. that's more better kot
Quote makton 22-8-2022 12:38 PM
ape je lakonan kau yg best tu? cer senaraikan.
Quote Masukkeluar 22-8-2022 12:42 PM
makcun14 replied at 22-8-2022 12:36 PM
Mak sheols lebih berharta dari laki sheols.
Setakat harap mak iti hampeh la

dh lama nk tahu lakinya adib keje apa?
Quote Whitney72 22-8-2022 12:54 PM
Masukkeluar replied at 22-8-2022 12:42 PM
dh lama nk tahu lakinya adib keje apa?

Rasanya dia ni CEO recording company Tune Studio..( x silap dulu bwh mngmnt Tony Fernandes tp skrg x lagi kot)...

Tp x jln gak Tune Studio ni...biasa2 je..tp ank orka..nmpk mcm xclusive lar..tp habuk pun tarak..
Quote imanjannah 22-8-2022 12:56 PM
cantik Izara ni
Quote uori 22-8-2022 01:00 PM
bersara sajalah, demand macam dia pelakon legend sangat
Quote missyL 22-8-2022 01:59 PM
Comey anak die.

Xpyh la berlakon izara.dok rmh je la jadi taitai sesambil buat review
Masyok jgk
Watpe nk ssh kn diri
Quote fadz84 22-8-2022 02:04 PM
Filem apa je nk berlakon ngn tudung labuh cmtu? Malaysia ada buat filem Islamik cm Indonesia ke?

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.246495 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top