CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Bilis Seekor Belah Empat- Pelanggan Merungut Nasi Lemak RM1 Tak Kenyang, Dua Suap Dah Habis

22-8-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3601| Komen: 42

Tidak dinafikan ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga makanan berikutan kos bahan mentah naik mendadak.

Walau bagaimanapun bukan semua peniaga makanan bertindak sedemikian kerana segelintir mereka masih mengekalkan harga yang paling relevan.


Namun realitinya masih terdapat pengguna yang mengeluh apabila makanan yang dibeli dikatakan tidak setimpal.



Begitulah perkongsian seorang lelaki yang terkejut dengan nasi lemak bungkus bersaiz kecil yang dibeli pada harga RM1.

Menurutnya, portion nasi itu tidak memadai kerana boleh dihabiskan dengan hanya beberapa suap.


"Nasi lemak RM1. Sesudu, dua sudu settle. Aduhai," luahnya menerusi satu video yang kini tular di media sosial.

Malah dakwanya, tidak hairanlah segelintir peniaga nasi lemak boleh menjadi kaya-raya kerana menjual dalam bungkusan yang begitu kecil.



"Betul-betul mahal harga... ikan bilis seekor belah empat, belah tiga pun tak tahu la.

"Telur sebiji buat 10," katanya menerusi video berdurasi 20 saat dengan kapsyen 'Nasi lemak RM1 dua sudu je'.

Pada rakaman tersebut dia membelek bungkusan nasi lemak menggunakan kertas surat khabar yang dilapik dengan daun pisang, di mana di dalamnya mengandungi nasi, telur dan beberapa ekor ikan bilis serta sambal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berpandangan sebaliknya dengan menyifatkan nasi lemak bungkus RM1 itu berbaloi dan setimpal dengan harganya pada zaman sekarang.

"Sesuai la dengan harga RM1 untuk tahun 2022 bang.

"Sesuai dengan harga la tu. Ikan bilis, ada telur, ada sambal. Cukup syarat."

"Ok lah tu. Daun pisang tu dia (peniaga) beli."

"Kau expect penuh satu pinggan ke bang RM1?” katanya.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan harga RM1 untuk sebungkus nasi lemak berkenaan juga ideal bagi mereka yang kurang berkemampuan.

"Mana tau ada antara kita yang dalam poket cuma ada RM1 untuk makan.

"Sekurang-kurangnya dia dapat makan nasi lemak," ujar seorang netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 22-8-2022 11:08 AM
nasik lemak paling ok harga rm3 sebungkus bilis telor. tu kira harga ok dh.
Quote Cokoro 22-8-2022 11:10 AM
Kalau rm1 dpt byk tu baik beli nasi bajet je.
Quote chandrahusin 22-8-2022 11:11 AM
Nasi lemak kat sekolah ada ayam pun dh RM5
Quote clarizsa 22-8-2022 11:12 AM
Mana ada dh singgit .. yg full portion rm3 ke atas dah skrg .. bodo2 sambal dgn bilis saja pun rm3 , tambah ayam tambah la lagi duit
Quote OyaTonggek 22-8-2022 11:14 AM
harga singgit kan?? pada2 la pun nk mendemand
Quote Miss.Rara 22-8-2022 11:15 AM
nasi lemak rm1 macam ni mmg sedap..

tapi ni agak agak laa rm1 pun... kecik bebenorrr... macam budak kecik nya portion...

kecik dari yg aku selalu beli...

kedaung punya peniaga... untung nak byk..

bekal Umar Gi Kool pun lagi byk
Quote black_handbag 22-8-2022 11:17 AM
ye ke 2 sudu dah habis. ko pakai senduk ke sudu besar? kalau rs xcukup sebungkus beli la 10 bungkus. cuba buat sendiri nasi lemak tu tgk cover x kos rm1
Quote Kurex 22-8-2022 11:19 AM
Paling lehnat, nasik lemak langsung takde ikan bilis padahal ikan bilis bukan naik sangat pun. Ada tu kacang sebiji dua ja tapi rege mahal.

Kalau nak rezeki berkat, jangan berkira & kena sesuai dgn harga.. sebab tu la meniaga macam mana, tak pernah maju
Quote liyamariska 22-8-2022 11:22 AM
cinonetnya rupa nasi lemak dia... dah rupa door gift lak...

sbb zmn skrg rega makan minum naik sampai ada yg terkujat bila nk bayar...
Quote makton 22-8-2022 11:25 AM
klu 2 suap rm1 mmg melampau la. tp tu la smua benda mahal skrg ni
Quote matchstick 22-8-2022 11:34 AM
Cuba masak sendiri..kata lah modal RM10 dpt tak ko buat nasi lemak dlm 12-15 bungkus rupa mcm tu. Sbb nk jual rm1 sebungkus and make sure ada untung sikit, modal sebungkus mesti dlm 60-80 sen je. Kalau tak buat penat je meniaga
Quote Mary_jane 22-8-2022 11:43 AM
Nasi lemak shell RM1 pun gini lah, balut daun pisang meski portion sikit tapi sedap jur. Dah tau tong besar, beli lah 5 bungkus terus.
Quote ninja boy 22-8-2022 11:47 AM
Kedai mamak x kedekut nasi taw,  kedai melayu nasi disukat pakai cedok ice cream taw
Quote musangbodoh 22-8-2022 11:48 AM
Miss.Rara replied at 22-8-2022 11:15 AM
nasi lemak rm1 macam ni mmg sedap..

tapi ni agak agak laa rm1 pun... kecik bebenorrr... macam budak ...

sape umar...x kenal pun
Quote musangbodoh 22-8-2022 11:49 AM
Mary_jane replied at 22-8-2022 11:43 AM
Nasi lemak shell RM1 pun gini lah, balut daun pisang meski portion sikit tapi sedap jur. Dah tau ton ...

nasi lemak petron pun ok...time posa pun juai
Quote jijahmomon 22-8-2022 11:52 AM
nasi lemak ni klu beli 3 bungkus pun tak berbaloi...baik gi cari yg mmg harga nasi lemak biasa
Quote copy_paste 22-8-2022 11:53 AM
ok la tu,singgit je pun,
dari harga mahal2 pastu byk sgt makan x habis membuang,'
rasa x cukup beli la 4 bungkus,
aku sgt setuju kalau org berniaga cara mcm ni,x bazir
Quote umbut 22-8-2022 11:56 AM
Ok lah tu..rm1 siap ada telur.. biasa nasi lemak camni sorang makan dalam 2 ke 3 bungkus.. bukan soh beli sebungkus je tgk ler tahap saka badan ko nak makan byk mana..nama pun marketing
Quote cikdot 22-8-2022 11:59 AM
rajin pulak seller tu nak bungkus kecik2 gitu. dah macam gula2 rupanya.

buat je la besar sikit & cas je la rm2 ke..boleh jimat masa & kertas bungkus. sebab nak jual rm1 punya pasal sanggup le buang masa gitu. orang still akan beli 2-3 jugak sebab 1 memang tak cukup

tadi aku beli nasik lemak village grocer. rm3.90 not bad jugak portionnya. telur separuh, sambal pun sedap, ikan bilis ada la rupa bukan serdak2 je. kalau ambik kombo dengan 1 bun (harga 1 bun usually dalam rm4-5) & 1 kopi bayar rm9.90 je. oklah tu

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.129356 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top