CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terkejut Bayi Kembar Lahir Berbeza -Satu Macam Orang Putih, Satu Lagi Orang Kulit Hitam

22-8-2022 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2219| Komen: 7

LONDON – Seorang wanita dari Nottingham, England terkejut apabila melahirkan sepasang bayi kembar yang memiliki dua warna kulit berbeza, lapor akhbar Daily Star, baru-baru ini.


Chantelle Broughton, 29, melahirkan bayi lelaki, Ayon dan pasangan kembarnya yang merupakan seorang bayi perempuan bernama Azirah di Hospital Bandar Nottingham pada April lalu.

Ayon bermata hijau dan berkulit cerah manakala Azirah mempunyai mata berwarna coklat dan berkulit gelap, amat jauh berbeza dengan abangnya.

Foto: SWNS

Pakar genetik menganggarkan bahawa jenis kelahiran luar biasa seumpama itu adalah satu dalam sejuta.


Chantelle dan suaminya, Ashton memiliki darah campuran kerana wanita berkulit cerah itu mempunyai datuk sebelah ibu yang berasal dari Nigeria. Ashton pula mempunyai darah kacukan Jamaica dan Scotland.

Chantelle berkata, anak kembarnya tidak kelihatan berbeza semasa dilahirkan, tetapi mula menunjukkan perubahan ketara sejak empat bulan lalu dengan kulit Azirah menjadi lebih gelap.

Selain penampilan mereka yang berbeza, Chantelle berkata, kembar berusia empat bulan itu kini mempunyai personaliti yang bertentangan antara satu sama lain.

“Saya sangat gembira mereka lahir unik seperti ini dan saya tidak akan menukar keadaan ini dengan apa-apa pun di dunia,” kata Chantelle. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 22-8-2022 11:23 AM
cm ada pernah berlaku kenbar berlainan rupa sebelum ni...
Quote intan244 22-8-2022 12:27 PM
husband dia black ke
Quote supernaturalee 22-8-2022 12:32 PM
cer baca artikel smpi hbs dulu sblm mengomen


anyway...pnh je ada kembar berlainan warna
sihat walafiat, comey je
tergolong dlm 1 dlm sejuta jgk i guess

Quote estrelle 22-8-2022 12:37 PM
Alahaii.tu Nama kembar x seiras Kan .abg iols kembar tak seiras sorg hitam sorg putih.kalo nengok Pon org X caye kembar kah.
Quote lo_la 22-8-2022 12:55 PM
Tak pelik. Susur galur the babies explains. Rezeki the baby girl the black dominant gene rouletted to her.
Quote rosedemon 22-8-2022 04:56 PM
benih dua orang yang berbeza pun boleh jadi juga. penah baca kes macam ni
Quote FOTHER-MUCKER 22-8-2022 07:19 PM
Bukan dilahirkan kembar. Seperti cucu kepada seorang kawan saya. Anak dia berkahwin dengan nigerian tang betul betul hitam dan berhidung besar. Anak perempuan pertama 100% kulit dan hidung seperti bapa 0% tiada seperti european. Anak kedua iatu lelaki 99% seperti european  rambut natural blonde tapi keriting,

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.333812 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top