CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Luah Nak Berhenti Kerja Selama-Lamanya Sebelum Mati Rentung Dalam Kemalangan

22-8-2022 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3417| Komen: 24

PASIR PUTEH – Keluarga pembantu kedai makan berusia 20 tahun yang rentung dalam kemalangan kelmarin tidak menduga hasrat wanita itu untuk berhenti kerja beberapa hari sebelum nahas bagaikan petanda dia akan pergi selamanya.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6.05 petang itu, Nurul Emylia Natasha Zulkifli maut apabila kereta Perodua Kelisa dinaiki­nya terbakar selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Setiu, Terengganu.

Pemandu kereta Perodua Kelisa terbabit, Mohammad Ikhwan Hakim Daud, 21, yang juga kawan Nurul Emylia dan pemandu lori, Mohd. Noridzuan Zainudim, 28, hanya mengalami kecederaan pada bahagian leher selepas berjaya menyelamatkan diri.

Sepupu mangsa, Nor Intan Liana Nordin, 38, berkata, Nurul Emylia atau lebih mesra disapa Yaya bekerja di sebuah kedai nasi ayam di pusat bandar Pasir Puteh untuk membantu me­ringankan bebanan keluarga selepas ayah tirinya menghidap penyakit angin ahmar, manakala ibunya tidak bekerja.


Foto: Kosmo

Menurutnya, beberapa hari sebelum insiden berkenaan Yaya ada menyuarakan hasratnya untuk berhenti kerja sebagai pembantu kedai buat selama-lama­nya, namun tidak menyatakan alasan berbuat demikian.

“Dia (Yaya) seorang yang ceria dan sering berkongsi semua perkara kepada keluarga, namun sikapnya mula berubah menjadi pendiam sejak seminggu lalu le­bih-lebih lagi apabila menyatakan hasrat untuk berhenti kerja.

“Yaya juga ada mengajak rakan-rakannya keluar ke pasar malam sehari sebelum kejadian untuk membeli chicken chop ke­rana dia teringin sangat de­ngan hidangan itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Pulau Lima di sini semalam.

Menurut Nor Intan Liana, pada hari kejadian arwah keluar untuk menghadiri taklimat khas pengambilan lesen memandu di sebuah institusi memandu di Bachok bersama seorang kenalan lelakinya dan mereka berdua mungkin ke Kuala Terengganu selepas itu.

Katanya, seluruh ahli keluarga tahu mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7 malam selepas menerima panggilan telefon daripada pihak polis.

Tambah Nor Intan Liana, jenazah Nurul Emylia disolatkan di Masjid Kampung Pulau Lima di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi selepas solat Asar semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, Nurul Emylia dan Mohammad Ikhwan Hakim dalam perjalanan pulang ke Pasir Puteh, Kelantan dari Kuala Terengganu.

“Pada masa sama, sebuah lori milik sebuah butik pengantin sedang menghala ke kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian bagi mengutip ranting kayu untuk dijadikan dekorasi pelamin sebuah majlis perkahwinan di Penarik di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori itu dikatakan telah memberi isyarat membelok ke kanan, namun kereta Perodua Kelisa GX dibelakangnya cuba memotong tetapi gagal,” katanya semalam.

Afandi berkata, impak rempuhan itu, kedua-dua kenderaan terbabit telah mengalami kebakaran.

Jelas beliau, tiga pekerja butik pengantin yang berada di dalam lori jenis Isuzu berkenaan serta Mohammad Ikhwan Hakim berjaya menyelamatkan diri keluar dari kenderaan masing-masing.

“Begitu pun, seorang lagi mang­sa (Nurul Emylia) yang berada di tempat duduk penum­pang belakang gagal menyelamatkan diri.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu,” katanya.

Afandi berkata, dua lagi mang­sa yang cedera iaitu Mohammad Ikhwan Hakim dan Mohd. Noridzuan pula dirawat di unit kecemasan hospital sama dan kes kemalangan itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-8-2022 10:20 AM
download (15).jpg
Quote MelahJanda 22-8-2022 10:21 AM
bawak kereta ada lesen ke
Quote stingerbumpy 22-8-2022 10:23 AM
Innalillah....

So the monorail of the story...isteri isteri yg sekarang ini menjadi barua laki kena keluar bekerja jgn sekali kali mintak utk berhenti kerja....teeus membaruakheun diri utk suami..

Suami bewak tersenyum rentung....
Quote liyamariska 22-8-2022 11:36 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ,
Quote imanjannah 22-8-2022 11:45 AM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote syaz_lina 22-8-2022 11:48 AM
innalillahwainnalilahirojiun..berat sgt tanggungan adik ni, umur 20thn tanggung emak dan bapak yg strok. mesti dia penat sangat sampai terkeluar nak berhenti kerja selama-lamanya
Quote tripleid 22-8-2022 11:55 AM
Lori dah bagi signal pun gigih jugak nk memotong.mmg mendapatlah..srmoga drebar kelisa kena dakwa sbb cuai
Quote epal21 22-8-2022 11:59 AM
Laju2 nak pergi mana pun tak tahu. Kes2 macam ni selalunya driver terselamat pula. Semoga roh adik ni dirahmati Allah & diberikan ganjaran syurga sebab jaga family.
Quote mejaputih 22-8-2022 12:03 PM
Pemandu kelisa tu harus bertanggungjwb utk meringankan beban family arwah...
Quote ezacbee 22-8-2022 12:07 PM

Kat situ tulis baru balik taklimat sekolah memandu. Mungkin arwah nak amik lesen. Bf temankan. Tak pun dorang memang xde lesen ke
Quote pearl.silver 22-8-2022 12:09 PM
Harapnya dak laki pemandu kelisa tu dihantui rasa bersalah sampai ko mampus
Quote gigahertz 22-8-2022 12:18 PM
tripleid: Lori dah bagi signal pun gigih jugak nk memotong.mmg mendapatlah..srmoga drebar kelisa kena dakwa sbb cuai
kelisa mmg direka x lepas motong. lagi lagi ada full muatan

Quote plasminas 22-8-2022 12:40 PM
“Begitu pun, seorang lagi mang­sa (Nurul Emylia) yang berada di tempat duduk penum­pang belakang gagal menyelamatkan diri."

duk belakang tu, agaknya penat n tertido, tu yg tak sempat selamatkan diri...agaknya lah.

apa2 pun, innalillah
Quote plasminas 22-8-2022 12:41 PM
“Begitu pun, seorang lagi mang­sa (Nurul Emylia) yang berada di tempat duduk penum­pang belakang gagal menyelamatkan diri."

duk belakang tu, agaknya penat n tertido, tu yg tak sempat selamatkan diri...agaknya lah.

apa2 pun, innalillah
Quote orangbiasaje 22-8-2022 01:56 PM
epal21: Laju2 nak pergi mana pun tak t ...


Kemalangan, driver selamat, penumpang tak. Kalau kes mabuk, yg mabuk selamat, yang dilanggar/'terlanggar' tak...
Quote MissyMolly 22-8-2022 02:17 PM
Lori dpn nak masuk kanan
Kelisa nk potong

Potong belah kiri ke kanan dek??
Kalu belah kanan mmg giler la
Belah kiri pula, kenapa tak lepas?

Eh

Ke meols yg tak fhm??
Quote Belibis 22-8-2022 02:27 PM
epal21 replied at 22-8-2022 11:59 AM
Laju2 nak pergi mana pun tak tahu. Kes2 macam ni selalunya driver terselamat pula. Semoga roh adik n ...

Kawasan jalan lurus ni..berkilo kilo meter.. kaki lari bawak memang berdesupppppp..
Banyak jugak kes langgar babi atau lembu melintas .
Quote Belibis 22-8-2022 02:29 PM
MissyMolly replied at 22-8-2022 02:17 PM
Lori dpn nak masuk kanan
Kelisa nk potong


Mungkin tak perasan signal sebab tengah speed..boleh jadi jugak lori bagi signal lambat.
Quote MissyMolly 22-8-2022 03:28 PM
Belibis replied at 22-8-2022 02:29 PM
Mungkin tak perasan signal sebab tengah speed..boleh jadi jugak lori bagi signal lambat.

Hooooorr logik2


Adoiii utk sekian kalinyeh
Baca la kiter2 ni doa naik kenderaan
Inshaa Allah mende sikit lagi nk jadi
Tp Allah slmtkan
Tp kalau dah ajal mmg takkan lewat walau sesaat

Takziah kpd family arwah

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.499298 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top