CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Itu Pilihannya...' - Shiera Ijoy Teruja Bakal Terima Menantu Sulung

21-8-2022 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4333| Komen: 4

Pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah tumpang teruja apabila bakal menerima menantu pertama selepas anak sulungnya, Allisya Tahir selamat melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya pada Mac lalu.


Shahirah yang mersa dengan panggilan Shiera, 47, berkata, dia bersyukur majlis pertunangan berjalan lancar dan mendoakan yang baik-baik atas pilihan yang dibuat Allisya.



“Saya tak kisah. Itu pilihannya untuk tamatkan zaman bujang dan sebagai ibu saya terima, tidak menghalang. InsyaAllah Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November depan, majlis (resepsi) pada 13 November, alhamdulillah.

“Saya sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa. Asalnya pandai jaga batas dan pada saya bakal menantu pun seorang lelaki yang baik. Begitu juga dengan keluarganya,” kata Shiera kepada MH.

Isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkongsi berita gembira tersebut ketika ditemui pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.

Mengulas lanjut persiapan menyambut menantu tidak lama lagi, Sheira berdoa moga perancangan menjelang hari bahagia anaknya dipermudahkan.

“Syukur sebenarnya. Cuma sebelum ini saya tidaklah terlalu berkongsikan mengenai perkara itu di media sosial. Apa pun terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.

“Setakat ini persiapan masih lagi berjalan, tinggal lagi saya serahkan kepada anak dan bakal menantu untuk menguruskan. Sebagai ibu saya sokong apa yang terbaik,” katanya lagi.

Terdahulu, Allisya sebelum ini pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang pernah disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Allisya, 23, ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buudak 21-8-2022 11:57 PM
Krikkk...krikk jerr...hmmm
Quote lasagna 22-8-2022 08:46 AM
alhamdulillah.. dah jodoh elok lah dicepatkan..
by da way, anak dia yg 1st ni sora pun sedap, mcm apak dia jugeks.
Quote KirazMevsimi 22-8-2022 02:43 PM
moga berbahagia, selamat semua urusan dan diberkati ALLAH amin
Quote undukngadau 22-8-2022 03:43 PM
nexxxtttt

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.144003 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top