CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tabung Haji Diarah Dapatkan Maklumat Kepulangan Pengkid Berihram

21-8-2022 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2313| Komen: 19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Tabung Haji untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.


Beliau berkata pihaknya juga membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat asal wanita berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri terlibat untuk tindakan lanjut.


Twitter

"Dia pergi (Makkah) secara sendiri menggunakan visa pelancong," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi motosikal kongsi rezeki sempena Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini.


Program yang diadakan di Masjid Putra itu bagi menyambut genap setahun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengemudi negara dan Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Pada 12 Ogos, Idris dilaporkan berkata tindakan tegas menanti kepulangan wanita terbabit kerana didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan seorang 'lelaki' merakam dirinya tawaf di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah yang akhirnya tular selepas identiti individu itu didedahkan sebagai wanita.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaianim 22-8-2022 07:14 AM
Apa perasaan kaum lelaki agaknya kalau lah dulu Sajad pakai ihram lelaki camni..  kan sungguh menonjol payudaya Sajad tu
Quote krustykrab 22-8-2022 07:43 AM
Apa la buat keje sia² mcm ni..umrah tak sah duit pun habih gitu je..baiknla ko pi cikcur kat siam je dik
Quote belilies 22-8-2022 07:45 AM
Muka pun macam cicak, ada jugak yang sangkut kat heshe
Quote manehnya 22-8-2022 08:37 AM
belilies replied at 22-8-2022 07:45 AM
Muka pun macam cicak, ada jugak yang sangkut kat heshe

yg kesepian dan terdesak ramai... tu ada yg sangkut tuh..  
Quote lasagna 22-8-2022 08:41 AM
jejak jer kaki kt Msia, abes laa kau kena heret.. imigresen pun siap2 lahh chop dah 'oooo ni bdknya' aaagiteww..
Quote helicornia 22-8-2022 09:09 AM
krustykrab: Apa la buat keje sia² mcm ni. ...

Sama la mcm Komen I masa membawang dgn kawan2 psl Kes ni.baik ko pi London dik tk jauh dh tu
Quote star_karat 22-8-2022 09:21 AM
Kata visa pelancong tak boleh buat haji, ada road block lah bagai ramai orang kena tangkap.
Ni rilek jer boleh masuk.
Quote akuMNdia 22-8-2022 09:26 AM
star_karat replied at 22-8-2022 09:21 AM
Kata visa pelancong tak boleh buat haji, ada road block lah bagai ramai orang kena tangkap.
Ni rile ...

buat haji mmg tak boleh guna visa pelancong
tapi umrah boleh & budak ni utk umrah.


Quote pittjie 22-8-2022 09:28 AM
star_karat replied at 22-8-2022 09:21 AM
Kata visa pelancong tak boleh buat haji, ada road block lah bagai ramai orang kena tangkap.
Ni rile ...

dia bukan pergi haji dik. dia buat umrah je. visa pelancong boleh je buat umrah. agent pun banyak yg guna visa pelancong tuk buat umrah skrg.

Quote pittjie 22-8-2022 09:31 AM
lasagna replied at 22-8-2022 08:41 AM
jejak jer kaki kt Msia, abes laa kau kena heret.. imigresen pun siap2 lahh chop dah 'oooo ni bdknya' ...

dia dah balik dah pun katanya. tukar flight and balik awal. dia balik transit bangkok dulu. tapi tu la .. heran kenapa tak dpt dikesan. imi lambat dibagi tahu ke apa?

Quote lifeline 22-8-2022 09:34 AM
pittjie replied at 22-8-2022 09:31 AM
dia dah balik dah pun katanya. tukar flight and balik awal. dia balik transit bangkok dulu. tapi t ...

maksudnya dah smpai mesia la ye pengkid ni

Quote KamikuP 22-8-2022 09:37 AM
Dulu meolss ada kawan pengkid lebih jantan dari meolss tapi dia baik.. awek dia pun lawo.. huhuuh
Quote azie5zoe 22-8-2022 09:46 AM
belilies replied at 22-8-2022 07:45 AM
Muka pun macam cicak, ada jugak yang sangkut kat heshe

Iols dulu pernah gak campur dengan geng-geng pengkid ni masa kerja kilang dulu, minah ni kategori ada muka gak walaupun muka cicak yang kawan iols lagi muka ikan keli tapi aweks dia ramai. Pengkid ni cara nak tambat hati aweks senang jer, kiranya kalau jadi aweks dia, niat jer nak sesuatu, esok dah dapat dah depan mata.

Quote lasagna 22-8-2022 12:12 PM
Edited by lasagna at 22-8-2022 12:15 PM
pittjie replied at 22-8-2022 09:31 AM
dia dah balik dah pun katanya. tukar flight and balik awal. dia balik transit bangkok dulu. tapi t ...

waaa pandai dia.. dia tau nk kena cekup, mesti balik tak folo dgn agency lah ni..
mebi lambat info lah ni, ptt awal2 dah tau standby siap2, tak kira mana lah transitnya, jejak msia trusss zupp kena heret.
Quote dua_chzy 22-8-2022 12:14 PM
Lain kali nak buat keja gini, diam2. Bodoh.
Quote white_musk 22-8-2022 12:15 PM
Kes begini dijejak sampai lobang chaching, kes lelaki menganiaya isteri dan anak2 buat tak tahu saja..

Quote Solokkk 22-8-2022 12:17 PM
Buat benda bodoh menyusahkan org lain nak buat ibadat.
Quote syaz_lina 22-8-2022 12:20 PM
sampai hati korang ckp muka cicak haha..aku pelik la manusia zaman sekarang ni, dah sah2 ko kecelaruan identiti gigih jgk ni nak tunai ibadah dalam confuse sambil bangga tunjuk seantoria dunia. mmg otak tak centre ke apo
Quote ladybugz 22-8-2022 03:56 PM
sorry kenapa dipas pas pulak tugas nk ambik tindakan kat dia ni?? sama mcm kes sajat. konon nk ambik tindakan last2 senyap mcm tu je. ari tu cakap jakim lepas tu tabung haji lepas ni ape pulak. tolong la ambik tindakan tegas

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top