Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang ke-16 secara sederhana.
Siti, 43, memuat naik video beberapa jenis masakan air tangannya untuk dihidangkan kepada suami ikan asam goreng, ketam goreng, assam pedas dan sambal udang petai. "Ikan asam goreng, ketam, asam pedas ikan jenahak, sambal udang petai... masakan untuk ulang tahun perkahwinan, Alhamdulillah," katanya menerusi perkongsian di Instagram Story.
Sementara itu, Siti turut memuat naik video koleksi gambar bersama Khalid ketika awal perkahwinan mereka sehingga dikurniakan dua cahaya mata. Perkongsian penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
|
adeqbun replied at 22-8-2022 09:42 AM
ai pon jenis family suke mkn bergoreng bersantan gini...kalau rebus2 stim2 tu masing2 mcm xselera na ...
ADVERTISEMENT