CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Matahari Akan Mati Lima Bilion Tahun Lagi, Bumi Akan Kesejukan

21-8-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1601| Komen: 6

PARIS – Agensi Angkasa Eropah (ESA) menerusi kajian kapal angkasa miliknya, Gaia,  meramalkan bahawa Matahari bakal ‘mati’ tidak lama lagi, lapor portal berita MailOnline.


Menurut ramalan tersebut, Matahari kini sudah menghampiri separuh daripada jangka hayatnya dan apabila ia mencapai penghujung, cahayanya akan terpadam lalu menjadikan Bumi kesejukan.

Bagaimanapun, data daripada Gaia mencadangkan keadaan tersebut tidak akan berlaku selama sekurang-kurangnya lima bilion tahun lagi.


Foto: Space.com

Gaia menganggarkan Matahari kini berusia sekitar 4.57 bilion tahun. Dengan mengenal pasti jisim dan komposisinya, peranti itu mampu menganggarkan bagaimana Matahari akan berkembang pada masa hadapan.


Pada masa ini, Matahari dianggap berusia ‘pertengahan umur’ dan stabil kerana ia menggabungkan hidrogen menjadi helium.

Gaia terletak kira-kira 1,496,689.92 kilometer dari Bumi dan membawa dua teleskop untuk mendokumentasikan galaksi dan mengkaji bintang bagi meramalkan masa depan mereka. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-8-2022 05:58 PM
xpela 5 bilion lagi bukan ada dah kat muka bumi ni
Quote airfilterkotor 21-8-2022 06:28 PM
Form 5 fizik ada jer ajar mende ni.
Tapi form 5 sekarang tak tahu la.
Quote Firenzza 21-8-2022 09:20 PM
Xpe china dh  buat matahari & bulan sendiri
Quote zuriey 22-8-2022 08:16 AM
Kalau dlm Islam mmg ADA kejadian matahari hilang selama 3 Hari..selepas 3 Hari tu la matahari Akan terbit Dari barat.
Quote slyfynx 22-8-2022 08:22 AM
Bintang mati bukan tibe2 jadi sejuk.
Quote FOTHER-MUCKER 22-8-2022 08:25 AM
Adakah flat earther percaya matahari dan planet lain juga flat seperti bumu?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088656 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top