Zizi Kirana mengakui tidak pernah merindui penampilan lama, namun sentiasa beringat supaya terus kekal istiqamah dalam mendepani kehidupan dan kerjaya.
Katanya, perkara paling sukar selepas berhijab sejak setahun lalu adalah untuk mencari kekuatan supaya dapat berpegang kepada niat awal selepas nekad mahu berubah ke arah yang lebih baik. “Sebenarnya nak istiqamah itu yang paling susah untuk dilakukan. Sebab itu ketika awal-awal pasang niat untuk bertudung, saya buat secara perlahan-lahan. Bukan drastik. Saya mulakan ketika bulan Ramadan. “Kiranya saya praktikkan supaya perubahan tersebut tidak terlalu mengejut untuk diri sendiri. Macam sekarang apa-apa persalinan yang saya pakai, saya akan tengok dulu sama ada sesuai atau tidak.
“Dari segi kerjaya pun sama. Apabila buat persembahan kena tengok penampilan. Banyak benda yang perlu diambil kira. Ada batas perlu dijaga. Berbeza berbanding dahulu. “Saya tidak pernah terdetik pun rasa rindu (penampilan lama). Saya nekad, memang terus berdoa untuk kekal penampilan sekarang. Cuma bagi saya jangan sebab kita nak berhijrah kerana orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online.
|
anony-mous replied at 21-8-2022 08:09 PM
Awal sgt nk ckp pon. Iman ada turun naik lg2 bila diuji masalah rumahtgga
buragazz replied at 22-8-2022 10:54 AM
Jgn cakap dulu dik...
ketupatnasi replied at 22-8-2022 10:58 AM
Baru nk je aku reply.... 'Acik pun tak rindu dekkkk..'
Baca cuols nye reply terus aku tarik balik. ...
Nnoor2 replied at 22-8-2022 06:43 AM
Betul...kadang2 kita ni x payah nk menunjuk berlebih2 sgt sb kalau asalnya nk alim dari dulu dah x ...
ADVERTISEMENT