CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dalam Selimut Ditemui Di Tepi Jalan- Leher, Kaki Diikat Kabel Elektrik

21-8-2022 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1166| Komen: 1

Penemuan mayat seorang pemuda di tepi jalan menggemparkan penduduk di sebuah kampung.

Dalam kejadian di Kampung Mekar Famili di Cisewu, Garut di Jawa Barat, Indonesia, mayat pemuda tersebut ditemukan bersandar di tebing, berbungkus dengan selimut.


Ketika dijumpai, bahagian leher mayat diikat dengan kabel elektrik hingga ke kedua-dua kakinya.

Foto: Kompas

Wajah mangsa yang lengkap berpakaian juga berlumuran darah, disyaki telah diseksa.

Ketua Polis Garut, Wirdhanto Hadicaksono berkata, siasatan awal yang dijalankan oleh Polis Cisewu, mengesahkan mayat itu bukan penduduk di daerah itu.


Menurut Wirdhanto, mayat lelaki itu ditemui oleh penduduk yang sedang melintas jalan pada waktu pagi ketika hendak pergi menoreh pokok getah.

"Susulan penemuan itu, ia kemudian dimaklumkan kepada pihak polis.

"Mayatnya dihantar ke Pusat Kesihatan Cisewu untuk bedah siasat," katanya. - CARI

Sumber: mStar/ Kompas

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-8-2022 05:58 PM
dendam lettew kalau dah pesen gini

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.158652 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top