CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mas Idayu Dapat Tajaan Kahwin RM7 Juta, Bulan Madu Di Santorini 2 Minggu

21-8-2022 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4527| Komen: 36

Mas Idayu mengesahkan bakal disatukan dengan jejaka pilihan iaitu Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa pada 16 September ini.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkata, tiada sebarang simbolik atau makna di sebalik pemilihan tarikh yang jatuh pada Hari Malaysia itu dan ia dipilih sendiri oleh bakal suaminya itu.



"Bukan saya yang pilih tetapi Daddy (panggilan buat Sufian). Awal perancangan kami ingin melangsungkan pernikahan pada bulan Mei lalu tetapi pada saya ia terlalu awal.

"Kemudian selepas berbincang kami bersetuju untuk pilih 16 September kerana lebih mudah untuk diingati," katanya kepada mStar.

Mas Idayu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk penjagaan wajah, Twenty pada Ahad.

Bercakap lanjut mengenai hari bahagianya, Mas Idayu turut mendedahkan majlis itu turut mendapat tajaan pelbagai pihak yang dianggarkan berjumlah RM7 juta.


Foto: mStar

Tajaan itu termasuklah lokasi majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan, katering, fotografi, set barangan kemas dan beberapa busana pengantin.

"Sejujurnya perkahwinan kedua ini sangat bermakna kerana sebelum ini tiada sebarang persandingan atau acara yang meriah.

"Jadi boleh dikatakan majlis ini seperti perkahwinan pertama... Tetapi apa lebih penting adalah perjalanan hidup selepas perkahwinan selepas 16 tahun saya hidup sendirian," katanya.

Seperti pasangan yang lain, Mas Idayu juga mengharapkan perkahwinan kedua dengan Sufian, 51, akan kekal sehingga ke akhir hayat.


Foto: IG

"Setelah sekian lama hidup bersendirian dan tidak lagi percaya kepada perkahwinan, saya akhirnya terbuka hati untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai isteri," katanya.

Sementara itu, Mas Idayu memberitahu majlis pernikahan mereka dijadualkan berlangsung di Magica Victory, Quill City Mall Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi manakala resepsi diadakan hari sama pada sebelah malam.

Penyanyi lagu 100% Cintaku juga memberitahu memilih Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu lepas berkahwin.



"Insya-Allah selepas berkahwin saya akan berehat dan berbulan madu di Santorini selama dua minggu bagi meluangkan masa bersama suami," ujarnya.

Untuk rekod, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun mereka bercerai pada 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 21-8-2022 05:37 PM
Go mami go
Kelllaaassssss hanimun kat Santorini
Harap2 bini Aman tak merempan2 sbb laki nye hanya mampu bawak sheols besiar2 di sungai petani je
Quote nolya 21-8-2022 05:45 PM
Tahniah Mummy Mas Idayu. Perkahwinan ditaja, ituah rezeki namanya. Selamat Pengantin Baru in advance.
Quote rosedemon 21-8-2022 06:04 PM
wowwww santorini uuuu. moga balik bawak hasil kihkih
Quote nakkomenjugak 21-8-2022 06:21 PM
Yasssssss mamiiiiii!
Berkat snatch that baggggg!
Congratsssss!
Quote no_el 21-8-2022 06:31 PM
Sufian ni bukan kawin dgn wartawan tv3 ke.. sape ntah namanye
Wah dah cerai ke
Quote Nenasketum 21-8-2022 07:46 PM
Selamat berkahwin yer acik roper skeri meri lepas renovate. Lepas ni jangan plak meroyan sebab tak lekat, aku baling terompah jamban kat ko kang
Quote mamajawie 21-8-2022 08:49 PM
Hamboiiihhh kemaghinnn walaupunnnnnnn...
Quote epal_putih 21-8-2022 09:01 PM
Wahhh mami wedding of the year kah haha
Quote royaldanish 21-8-2022 09:04 PM
Wah wah tahniahhh nanti geng2 Soimah dari yindon datang tak?
Quote tahanie 21-8-2022 09:16 PM
Wow tujuh jota namun di quill city jah?
Quote TomyamPuteh 21-8-2022 09:49 PM
Santorini kt Melaka pun ada gak. Cantik tmpt dia. Aku penah stay.
Quote kaseh80 21-8-2022 10:05 PM
7 juta tapi venue sendu je
Quote eriminuri 21-8-2022 10:44 PM
Edited by eriminuri at 21-8-2022 10:53 PM

Aiyomaa... Santorini. Sedialah nak menapak naik bukit nak balik hotel hari2. Dah masuk level acik2 umo 50an ni.., mampu ker?
Quote telracs 21-8-2022 10:53 PM
eriminuri replied at 21-8-2022 02:44 PM
Aiyomaa... Santorini. Sedialah nak menapak naik bukit nak balik hotel hari2.

Baca komen you ni, terus saya google... Hahaha...
Quote telracs 21-8-2022 10:57 PM
Pemandangan dan suasananya macam tak menarik je... hmmmm
Quote Rogue98 21-8-2022 11:14 PM
7 juta? Barang kemas tu pinjam jer kan...bukan bagi terus. Majlis mayb costs RM200k jer. Menipu betul tajaan juta2. Santorini kalau dah berumur baik takyah lah. Keluar bilik pun dah kena memanjat. Tapi apa2 pun as scary as u r ..tahniah achik mas..semoga perkahwinan nanti bahagia dan aman2 saja.
Quote eriminuri 21-8-2022 11:40 PM
telracs replied at 21-8-2022 10:57 PM
Pemandangan dan suasananya macam tak menarik je... hmmmm

Eh cantik... tapi tu laa. Spot lawa2 semua atas bukit. Tak cergas kalu, pancit. Beach pun tak best. Bukan jenis sandy. But view mmg lawa.
Quote ~boolean 22-8-2022 12:12 AM
kalau retis sendu sembang dapat tajaan 'juta-juta' maknanya hauk lh wedding tu..

dari wedding ezlynn hingga ke wedding haqiem rusli..hauk!
Quote awenda507 22-8-2022 12:19 AM
Semoga dipermudahkan

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.169290 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top