Lagu Casablanca nyanyian Nuha dan Naufal menjadi fenomena sebelum ini. Ramai yang menjadikan lagu tersebut sebagai muzik latar di media sosial masing-masing.
Baru-baru ini pasangan duet tersebut ada mengadakan persembahan di KL Fashion Week. Dalam video yang dimuat naik, kelihatan Nuha dan Naufal menyanyika lagu di atas pentas peragaan.
Namun apa yang menjadi bahan kutukan adalah kasut Nuha yang dilihat besar dan bukan mengikut saiznya. Apa yang lagi teruk adalah orang yang berada di sekeliling tempat tersebut langsung tidak mengendahkan nyanyian mereka. Malah ada yang perasan crowd di sana seolah-olah tida perasan pun dengan kewujudan Nuha dan Naufal. Ada yang turut bersimpati namun ada juga yang kata lagu tersebut tak sesuai dipersembahkan di acara sebegitu. Apa pun, benda dah nyanyi, enjoy jelah ya, tak gitu? -CARI
|
annadonna replied at 21-8-2022 02:49 PM
Audience klfw letaklah penyanyi yg fashionista jugak. Erra, fauziah latiff, dayang, marsya ke baru o ...
caprut replied at 21-8-2022 02:59 PM
Bosan betol KLFW. Apa je signifikasi KLFW ni? Tiap tahun venue sama, designer sama, guest artis sama ...
ADVERTISEMENT