CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Wanita Tak Tutup Aurat Di Kelantan Didenda Semasa Asyik Berkaraoke

21-8-2022 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2459| Komen: 19

KOTA BHARU: Dua wanita yang tidak menutup aurat dikompaun Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) ketika sedang berkaraoke di sebuah premis di Pengkalan Chepa di sini kelmarin.


Dalam serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) MPKB-BRI turut merampas dan menyita set karaoke tersebut selepas beroperasi secara haram dan tidak sah.

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, selain itu 400 botol cecair vape pelbagai perisa dan 30 pod turut dirampas dalam serbuan tersebut.

Foto: Utusan Online

“Dalam operasi berasingan, MPKB-BRI turut mengeluarkan kompaun ke atas sebuah premis dan menyita beberapa peralatan seperti telefon, kabel telefon serta bekas kad telefon kosong kerana menjalankan aktiviti judi online dengan berselindung di sebalik aktiviti menjual peralatan telekomunikasi bertujuan mengaburi mata anggota penguat kuasa.


“Selain itu pihak kami turut menyita kerusi dan peralatan menghisap shisha yang ditinggalkan dalam keadaan masih berbara di luar sebuah premis di Kampung Demit Kubang Kerian. Premis tersebut dipercayai ditutup sejurus selepas mengetahui pergerakan pasukan penguat kuasa ke lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rosnazli memberitahu, MPKB-BRI turut mengeluarkan kompaun ke atas sebuah hotel di Jalan Tengku Chik, di sini selepas gagal mempamerkan lesen premis perniagaan.

Katanya, semasa pemeriksaan yang dijalankan pihak Jaheik tidak mendapat kerjasama dari pihak hotel dan dipercayai terdapat aktiviti pelacuran yang berlaku.

“Operasi bersama dilaksanakan untuk mengesan kesalahan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB BRI) 2019 dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019,” jelasnya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-8-2022 05:57 PM
nyahhhh ko patot berniqob msa karoke kan dah kena denda padan muka ko
Quote Perawankota 21-8-2022 08:54 PM
Mmg wajib bertudung ke kat sana
Quote Firenzza 21-8-2022 09:10 PM
Biar betik....syarat masuk karok kena pakai tudung ke?
Quote Orix 21-8-2022 09:12 PM
Edited by Orix at 21-8-2022 09:13 PM

Haritu MB kedah tak pakai baju dekat stadium nampak pusat PAS tak dak nak tegur ka nak saman ka ???
Quote sharlenetexas 21-8-2022 09:12 PM
Ada tempat karoks ke kat kb ni?


Quote eyansss 21-8-2022 09:25 PM
Perawankota: Mmg wajib bertudung ke kat sana


tertanya jugak, wajib ke waima pelancong je?  kalau ya, rules baru ke sebab dulu alhamdulillah aku tak kena…  aku siap pakai baby-t n legging lagi masa tu…
Quote batu kikir 21-8-2022 09:43 PM
Frankly speaking.......aku fed-up dengan hukum hakam "holier than thou" ni.  Dia punya pasal la nak berkaraoke ke hape bukan berzina ditempat umum
Quote lattehazelnut 21-8-2022 09:47 PM
Org jual dadah xde pulak nak carik n tangkap..
Quote sicvitaest 21-8-2022 10:24 PM
eyansss replied at 21-8-2022 09:25 PM
tertanya jugak, wajib ke waima pelancong je?  kalau ya, rules baru ke sebab dulu alhamdulillah aku ...

Local x tau tapi org luar ok je. I pun x bertudung ke kb sebelum pandemik jalan merata tak pulak kena tangkap
Quote ina_na 21-8-2022 10:35 PM
sicvitaest replied at 21-8-2022 10:24 PM
Local x tau tapi org luar ok je. I pun x bertudung ke kb sebelum pandemik jalan merata tak pulak k ...

Sama la sblm covid p sana ikut suami outstation sebulan..gataii x pakai tudung..rambut blonde lg . Speaking Kelantan jd mcm minah Siam.. x de kene pe2.. dah la muka laki pun mcm cina..tp yg jd isu bl aku p bayar makanan dpt murah sbb speaking Kelantan jd mek Siam..suami aku speaking KL tu dia rege dia bg berdentum2 melambung
Quote esbok 22-8-2022 09:48 AM
Tajuk nak membakor je, padahal pusat tu beroperasi secara haram
Quote eyansss 22-8-2022 01:35 PM
sicvitaest replied at 21-8-2022 10:24 PM
Local x tau tapi org luar ok je. I pun x bertudung ke kb sebelum pandemik jalan merata tak pulak k ...

tu yang pelik dengan cerita ni...  sebab dulu a few times gak pegi sana tak bertudung...  idok pulak kena tangkap...  ke artikel ni tak lengkap...
Quote eyansss 22-8-2022 01:37 PM
esbok replied at 22-8-2022 09:48 AM
Tajuk nak membakor je, padahal pusat tu beroperasi secara haram
Dalam serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) MPKB-BRI turut merampas dan menyita set karaoke tersebut selepas beroperasi secara haram dan tidak sah.
kiranya part tak bertudung tu sengaja ditulis bagi melariskan cerita la eh...  bodo betul..:
Quote krustykrab 22-8-2022 01:56 PM
Rakyat saja yg kena kan
Quote damsel_fiji 22-8-2022 01:59 PM
belambak jah pompuan free hair kat KB tu..xde plak kena tangkap..tajuk clickbait cam bahlol
Quote esbok 22-8-2022 02:03 PM
eyansss replied at 22-8-2022 01:37 PM
kiranya part tak bertudung tu sengaja ditulis bagi melariskan cerita la eh...  bodo betul..:

Berita pun mcm hare, tu pun entah 2 orang tak tutup orat tu kena kompaun sebab apa.

Depa reporter ni tak boleh ke tinggi sikit bahasa, kami porumers ni walau sembang hauk tapi iq tinggi. eh
Quote jalfa 22-8-2022 02:13 PM
Tak menutup aurat ke nyah...biar betik nyahh...mama nok ko suasano herlok jah kulu kilir nego prodak timbang kilo
Quote cm_vungtau 22-8-2022 03:04 PM
Dekat Terengganu pun wajib bertudung ke? Nasib baik aku tak kena tangkap
Quote bangcak 22-8-2022 03:14 PM
https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/konsert-10-penyanyi-termasuk-billie-eilish-pemuda-pas-kelantan-persoal-penganjuran/

kaper lehnatt disusukan.
penyokong berdangdut mati kelaparan


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.176302 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top