CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tania Hudson Hidap Pengumpulan Saluran Darah Secara Tidak Normal Dalam Otak

21-8-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5220| Komen: 35

Tania Hudson reda dengan keadaan dirinya yang diuji dengan masalah kesihatan disebabkan menghidap penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) iaitu pengumpulan saluran darah secara tidak normal dalam otak.


Kata Tania, dia bersedia untuk berdepan apa juga keadaan dan hanya mampu bersikap positif terhadap sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Foto: IG

“Pada 2019, saya pernah diserang penyakit strok dan terpaksa menjalani pembedahan untuk pulih. Pada 2020, saya diserang penyakit lain, juga berkaitan otak dikenali Cerebral Cavernous Malformations (CCM). Alhamdulillah,  selepas melakukan saringan, doktor mengesahkan ia telah mengecut.


“Saya sedar akan terus hidup dengan masalah ini dan tidak dapat menjangkakan apa bakal berlaku pada masa hadapan. Ia datang dan pergi, sekali gus mengingatkan saya hidup yang kita jalani ini terlalu singkat,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Apabila ditanya tentang punca penyakit tersebut kembali menyerangnya dua tahun lalu, Tania tiada jawapan.

“Kenapa ia kembali? Saya tidak tahu. Doktor juga tidak dapat menjelaskan puncanya. 

“Bagi saya, semua ini adalah kuasa Allah. Jadi, saya reda. Doktor katakan, ia ibarat bom jangka yang boleh memuncak pada bila-bila masa. Saya hanya mampu untuk bersedia,” ujarnya.



Tania yang juga adik kepada pelakon dan model, Natasha Hudson memaklumkan, disebabkan masalah yang dihadapinya itu, dia perlu bekerja lebih keras, terutama apabila berkecimpung dalam dunia lakonan.

“Berlakon memang mencabar, apatah lagi apabila melibatkan kemahiran menghafal dan mengingati skrip. 

“Disebabkan masalah yang dihadapi, saya terpaksa bekerja lebih keras dengan melatih diri untuk tidak menghafal (skrip), sebaliknya memahami watak yang dilakonkan. Ia memerlukan banyak latihan,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-8-2022 02:55 PM
Edited by dua_chzy at 21-8-2022 06:59 AM

Moga baik2 saja.

Btw nampak makcik sangat Maya bila berdiri saing2 dekat2 dengan Lizzy Tan dan Tania.
Quote codenamedream 21-8-2022 02:58 PM
dua_chzy replied at 21-8-2022 02:55 PM
Moga baik2 saja.

Btw nampak makcik sangat Maya bila berduri saing2 dekat2 dengan Lizzy Tan dan Tani ...

Syamsul kena buat story alternate universe Mahsuri hidup walau ditikam dan dipanjangkan usia sampai ke hari tua untuk memenuhi keinginan Maya berlakon jadi Mahsuri.
Quote GegarVaganja 21-8-2022 03:08 PM
dua_chzy replied at 21-8-2022 02:55 PM
Moga baik2 saja.

Btw nampak makcik sangat Maya bila berdiri saing2 dekat2 dengan Lizzy Tan dan Tani ...

Gigih Ganja scroll ke tepi gambar tu yach.
Betul la. Acik2 vibe dah.
Ghenti kan la angan2 nak jadi Mahsuri Maya oi.
Be realistik.

Quote dua_chzy 21-8-2022 03:14 PM
GegarVaganja replied at 21-8-2022 07:08 AM
Gigih Ganja scroll ke tepi gambar tu yach.
Betul la. Acik2 vibe dah.
Ghenti kan la angan2 nak jadi ...

Jadik mak Mahsuri boleh la. Ka jadik kakak ipar yang jeles tu. Sapa ke namanya. Mahsuri tu perlu pelakon muda yang bawa watak. Sah2 sheol menikoh zaman remaja muda mudi ikut cara orang dulu2. Ntah baru 12 tahun si Mahsuri tu masa menikoh.
Quote aammyy 21-8-2022 03:41 PM
Dia ni segak tapi kalau berlakon kayu dgn slang dia. Dorang ni in real life ckp english je ke macam mana?
Quote rosedemon 21-8-2022 06:03 PM
siannya, semoga sembuh
Quote epal21 21-8-2022 06:37 PM
Tania ni iols suka juga. Jenis yg takde kontroversi, buat hal sendiri. Muka pun lembut je. Iols rasa kalau fattah amin belum kahwin, sesuai sangat dgn tania ni. Tapi mungkin juga sebab dia ni sakit sebab tu dia tak nak relationship. Gittewww iols membuat spekulasi.
Quote lattehazelnut 21-8-2022 07:19 PM
epal21 replied at 21-8-2022 06:37 PM
Tania ni iols suka juga. Jenis yg takde kontroversi, buat hal sendiri. Muka pun lembut je. Iols rasa ...

Kenen kan lah pelakon single.. duda teruna semua jenis ada..
Quote uori 21-8-2022 07:44 PM
dua_chzy replied at 21-8-2022 02:55 PM
Moga baik2 saja.

Btw nampak makcik sangat Maya bila berdiri saing2 dekat2 dengan Lizzy Tan dan Tani ...

bakal mahsuri, okeh
Quote Pujangga22 21-8-2022 08:58 PM
dua_chzy replied at 21-8-2022 03:14 PM
Jadik mak Mahsuri boleh la. Ka jadik kakak ipar yang jeles tu. Sapa ke namanya.  Mahsuri tu p ...

Kena lah pelakon yang muda...iras2 mahsuri...mahsuri pun idup silap2 20 tahun pun tak sampai..ni tiba2 Maya jadi Mahsuri tak padan la..

mahsuri.jpg
Quote chilly 21-8-2022 10:08 PM
dua_chzy:  Edited by dua_chzy at 21-8-20 ...


Ya Tuhan, kalau kau tak mention mati2 aku ingatkan ahso mana wakakakakaka
Quote ctnorpropa 21-8-2022 10:33 PM
Bff iols meninggal sebab spontaneous subarachnoid heamorrehage.

Sebelum pengsan sempat reply wassap macam biasa sihat je siap ketawa. Huu
Tapi Allah lebih sayangkan dia.

Korang kalau selalu pening kepala, kabur mata pergilah cek. Sedih uols tak sanggup tengok anak2 dia menangis kat tepi katil tengok mummy dah terlantar kaku
Quote fadz84 21-8-2022 10:33 PM
dua_chzy replied at 21-8-2022 03:14 PM
Jadik mak Mahsuri boleh la. Ka jadik kakak ipar yang jeles tu. Sapa ke namanya.  Mahsuri tu p ...

Wan Mahora namanya.. x sesuai la MK jd Mahsuri.. blh MK berlakon tp bkn watak Mahsuri.. be realistic MK, u bkn muda lagi nk jd heroin manjang...
Quote Timortimur 21-8-2022 10:38 PM
dua_chzy replied at 21-8-2022 02:55 PM
Moga baik2 saja.

Btw nampak makcik sangat Maya bila berdiri saing2 dekat2 dengan Lizzy Tan dan Tani ...

Hahaha...betul tu sis
Tapi tu pun x sedar diri nak jadi mahsuri
Nenek mahsuri sesuailah
Quote dudaberhias 21-8-2022 10:41 PM
sian jugak... dia ada cerita haritu dia kena darah tinggi etc...
tengok orangnya pun kurus2 je tak sangka plak ada penyakit darah tinggi teruk...

kiranya dia kena elak pemakanan yang tak baik dengan stress... bahaya sangat sebab muda2 dah kena sakit macamtu... semoga di permudahkan urusan dan di panjangkan umur... yang penting sihat sentiasa...
Quote dudaberhias 21-8-2022 10:43 PM

ye kah? tak sesuai di mata iols... sebab mahsuri tu duduk di pulau celah mana la pandak mayah nak dapat kokesen pisang tanduk untuk dapat anak darah mix...kalau mix pun sekadar mix siam tapi tetap la rhoper melayu kalau mix siam melainkan mix thai yang macam pelakon2 thailand nan herlok tu

Quote umbut 21-8-2022 11:00 PM
Tania memang ada sakit kan.. pernah baca dia x leh lasak nanti pengsan..
Quote msdummy.2018 21-8-2022 11:09 PM
Dia ni jd mahsuri lebih sheshuai dr hakak maya
Quote beatgirlX 21-8-2022 11:31 PM
umbut replied at 21-8-2022 11:00 PM
Tania memang ada sakit kan.. pernah baca dia x leh lasak nanti pengsan..

Masa dia pernah fames dulu mmg dia ada me rion dia sakit..kekadang dia mcm lost sekejap..blur² asbab sakit tu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.049144 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top