Kuala Kubu Bharu: Bayi perempuan cukup sifat ditemui Taman Bahtera, dekat sini, dalam keadaan masih bernyawa, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.49 pagi daripada lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai peniaga. Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan, di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan, namun bangsanya masih belum dapat dikenal pasti. "Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan haiwan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek. -CARI Sumber: Harian Metro
|
makadek replied at 21-8-2022 05:11 PM
Hasil kongkek kan di ambang merdeka
Lentera: Apooooo kedai mkn. Sofa terbia ...
anony-mous replied at 22-8-2022 03:15 AM
Klau x silap i, situ dkt area unisel
abas8888 replied at 22-8-2022 08:27 AM
unisel kat bestari jaya kan..atau nama lamanya batang berjuntai..Kuala Kubu Baru (KKB) ni jauh ke ...
abas8888 replied at 22-8-2022 08:27 AM
unisel kat bestari jaya kan..atau nama lamanya batang berjuntai..Kuala Kubu Baru (KKB) ni jauh ke ...
Skuau replied at 22-8-2022 11:37 AM
apa yg tak kenanya dgn nma batang berjuntai tu???
abas8888 replied at 9-9-2022 10:22 AM
tak komersial kot nama tu..mungkin la..
ADVERTISEMENT